KL CHRONICLE: Senarai 8 individu yang pernah desak Tun Mahathir letak jawatan

Saturday, April 18, 2015

Senarai 8 individu yang pernah desak Tun Mahathir letak jawatan


TAHUKAH anda? pada zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ada lapan individu pernah mendesak beliau meletakkan jawatan sekitar tahun 1987, kira-kira enam tahun selepas beliau menjadi Perdana Menteri.



Pada ketika itu pun, Dr Mahathir tidak  mempedulikan desakan tersebut dan terus menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum meletakkan jawatan pada 2003.

Terdapat lapan individu yang pernah mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri yang pernah diperkatakan iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Tan Sri Syed Hamid Albar.

Baki mereka yang mahu Dr Mahathir meletakkan jawatan ialah Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Datuk Seri Shahrir Abdul Samad dan bekas Menteri Perusahaan Awam Datuk Abdul Manan Othman.

Kebanyakan daripada individu itu merupakan anggota awal Parti Semangat 46 dipimpin Tengku Razaleigh. Parti itu ditubuhkan selepas Dr Mahathir enggan meletakkan jawatan biarpun didesak.

Daripada beberapa laman blog, ada mengatakan bahawa Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri yang paling banyak menerima desakan untuk melepaskan jawatan.

Tetapi beliau berkata “Saya tidak pernah didesak letak jawatan sepanjang jadi Perdana Menteri,” kenyataan yang dipetik The Edge baru-baru ini.

Antara kejadian yang menyebabkan timbul desakan itu ialah peristiwa Memali, pemilihan Presiden UMNO 1987, pengharaman UMNO pada 1988, kerugian Bank Negara, kes Perwaja Steel dan isu berkaitan pemecatan Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga pernah didesak letak jawatan kerana skandal pembelian 88 buah pesawat pejuang jenis Skyhawk pada awal 80-an.

Ia menjadi satu kontroversi kerana dari 88 buah yang dibeli, hanya separuh sahaja boleh digunakan itupun dengan pelbagai masalah teknikal sehingga dikatakan ramai juruterban Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hilang atau terbunuh dalam nahas.

Sebenarnya, ia merupakan sesuatu yang biasa bagi seseorang Perdana Menteri itu didesak meletakkan jawatan tetapi adakah desakan itu sesuai atau tidak untuk disuarakan.

Dr Mahathir pada ketika itu tidak langsung mengendahkan desakan itu dan terus kekal sebagai Perdana Menteri jadi tidak ada salahnya Perdana Menteri kini Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mentadbir negara secara tersendiri dan terus kekal.

Tambahan lagi, Najib memperolehi sokongan demi sokongan dari para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dan juga sokongan dari sayap parti dalam UMNO di belakang beliau.

Ia bagi menunjukkan kepimpinan Najib disokong oleh mereka biarpun dikritik secara bertalu-talu oleh Dr Mahathir melalui media, blog dan video ke atas kepimpinan beliau.

P/S : Sila nyatakan pendapat anda. We would like to hear from you. Please take note ini bukan artikel "menghentam" Tun M ataupun cuba "bodek" PM Najib Razak.

11 comments:

ayah said...

Kalau nak kekalkan kredibiliti blog ini, jangan putar belit fakta sejarah.

Abu Bakar said...

Yang mendesak itu sebab ada kepentingan politik, pemilihan UMNO 1987.

Jangan nak autlah, lepas ni apa lagi nak digunakan untuk hentam Tun Dr. Mahathir untuk alihkan perhatian rakyat berhubung isu yang sedang diminta oleh rakyat untuk penjelasan itu?

Desakan disebabkan politik dengan desakan disebabkan kepentingan negara mana lebih utama?

Jangan nak alihkan isu tak tentu hala.

Isu 1MDB pun dah ada 'hint' atau bayangan sikit-sikit dengan pendedahan oleh Jho Low yang menyebabkan ahli parlimen dan ketua bahagian yang menyokong membuta tuli itu melompat hingga ada yang mendesak Jho Low ditangkap pula.

Kemudian dalam sehari dua lepas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sendiri yang berkaitan ekonomi, Datuk Seri Abdul Wahid Omar memberikan penjelasan bahawa 1MDB sudah tidak mampu nak berhutang lagi kerana kerugian berbilion ringgit dan aset yang ada pun tak dapat nak menjana keuntungan kepada 1MDB malahan hanya menambahkan hutang yang makin bertimbun-timbun kepada 1MDB sekarang ini.

Ini apa pula komen Kl Chronicle, The Unspinner a.k.a kaki spin, Parpukari, 1Malaysia, Jiwa Paradox dan lain-lain blogger pengampu dan pemutar belit untuk menjelaskan mengenai kenyataan Jho Low dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar itu?

Isunya sekarang ini adalah persoalan yang ditanya oleh Tun Dr. Mahathir cuba dielakkan dijawab, malahan ada para pengampu dan pembodek tukang putar alam yang suka mereka-reka cerita untuk mengalihkan isu.

Tetapi kebenaran itu akan terbukti, sekarang Jho Low dah beri pembayang sedikit, kemudian Datuk Seri Abdul Wahid Omar juga dah berikan bayangan sedikit mengenai status 1MDB yang dah tenat menuju nazak itu.

Rakyat perlukan penjelasan, bukannya perkara-perkara merapu yang tak tentu hala itu.

Abu Bakar said...

Sepanjang operasi 1MDB, ada pernah untung ke? Hanya rugi yang berpanjangan. Sekarang kos kewngan yang ditanggung oleh 1MDB adalah RM 2.4 bilion setahun, hangus macam tu saja, apa cerita ini semua? Ini didedahkan sendiri oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang melihat 1MDB hanya akan menuju kehancuran jika berterusan berhutang untuk bayar hutang dan kos operasi yang entah apa-apa.

jgn jadi bodoh!!! said...

hahhaa...jawab la mana duit 42b kat singapork tu..bila nak bawa blk Malaysia!!dalam parlimen Ah jib Gor kata undang2 bank negara tidak benarkan duit itu untuk bawa ke Malaysia sbb tu letak di singapork..masuk tv plak kata xda masalah dgn undang2 bank negara tp duit masih ada di singapork..CAKAP PUTAR BELIT MACAM TAHI!! menteri abdul wahid pun dah mngaku hutang 1MDB membebankan negara!! DIPERSILAKAN PENJILAT MEMBABI BUTA JAWAB!! tak lama lagi kita tgk PENJILAT2 DEWA INI JILAT TAHI SENDIRI!! tunggguuuu!!!

jgn jadi bodoh!!! said...

hahhaa...jawab la mana duit 42b kat singapork tu..bila nak bawa blk Malaysia!!dalam parlimen Ah jib Gor kata undang2 bank negara tidak benarkan duit itu untuk bawa ke Malaysia sbb tu letak di singapork..masuk tv plak kata xda masalah dgn undang2 bank negara tp duit masih ada di singapork..CAKAP PUTAR BELIT MACAM TAHI!! menteri abdul wahid pun dah mngaku hutang 1MDB membebankan negara!! DIPERSILAKAN PENJILAT MEMBABI BUTA JAWAB!! tak lama lagi kita tgk PENJILAT2 DEWA INI JILAT TAHI SENDIRI!! tunggguuuu!!!

Abu Bakar said...

1MDB ni nampak gayanya akan gulung tikar tak lama lagi, sebab makin hati makin tenat menuju nazak, tak lama lagi mampuslah 1MDB itu, kesannya Kementerian Kewangan Malaysia yang akan menanggung hutang 1MDB yang dah mampus itu kerana hutang 1MDB itu dijamin oleh kerajaan.

Lihatlah ada pihak yang bersekongkol dengan 1MDB itu sedap-sedap balun berbilion ringgit wang hutang 1MDB itu, tapi yang akhirnya menjadi mangsa adalah rakyat Malaysia kerana wang dari Perbendaharaan Negara jugalah yang digunakan untuk selesaikan hutang 1MDB itu.

Eloknya 1MDB itu dibubarkan segera kerana ada pun bukannya mendatangkan hasil kepada negara, hanya menambahkan hutang kepada negara, membebankan rakyat yang terpaksa berhadapan dengan kemungkinan pemotongan subsidi entah apa lagi selepas ini untuk membiayai segala kos hutang 1MDB yang duitnya dah dipelahap oleh pihak-pihak tertentu sebelum ini.

Lihatlah ada pihak penyeleweng yang sedap makan nangka, tapi rakyat yang terkena getahnya pula.

Harapnya pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci dan mengheret kesemua yang terlibat ke muka pengadilan dan dihumban ke penjara setelah dijatuhi hukuman penjara, biar penjara lama sikit, yang dah tua tu biar arwah dalam penjara sahajalah, dah tua pun menyeleweng lagi, jenis tak peduli halal haram, dosa pahala, dah tua bangka pun nak makan makanan haram lagi, biasalah kalau hati dah hitam, apa pun sanggup dibuat.

Abu Bakar said...

Dengan apa lagi 1MDB nak buat pusingan modal bagi meneruskan operasinya? Wang dah makin kering kontang, apa lagi yang ada?

Memang ada stesen janakuasa di Bangladesh, Mesir, dan sebagainya itu, tapi kos operasi nak nak korek di mana?

Nak bayar faedah hutang pun kena berhutang lagi, makin bertambah hutanglah, maka saya sangat meyakini 1MDB ini akan melingkup mampus ditimbuni hutang yang terpaksa dibayar oleh Kerajaan Malaysia menggunakan wang milik Negara Malaysia yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan negara dan rakyat tetapi digunakan untuk bayar hutang 1MDB yang dah mampus ditimbuni hutang bertimbun-timbun itu kerana segala hutang 1MDB dijamin oleh kerajaan Malaysia.

Saya sangat tak puas hati, pihak penyeleweng itu perlu ditangkap dan dihumban ke penjara dengan segera, dasar pengkhianat negara.

KZSO said...

If kl chronicle wants to maintain its' credibility, please down grade your self with such a rubbish article. We know why these so called personalities wanted Tun Mahathir to step down. It's more on politics rather than integrity of leadership. Most of Tun Mahathir action and leadership is towards changes and developing Malaysia but what Najib and his punahsihats doing is bringing down and bankrupting the country. yep, Tun M is not perfect since he is a human beings but what Tun M did is for the goodsake of our religion, race and beloved country. Kl chronicle, you let us down with such an article...

RSOthman said...

Saya membesar dibawah pemerintahan Tun. Mmg benar banyak isu yg menimpa Tun dari Mamali hingga DSAI. Tetapi Tun mampu menjawab segala isu isu itu pada rakyat dgn jelas dan difahami. Yg mendesak Tun letak jawatan adalah yg mempunyai kepentingan peribadi yg tediri dari ahli politik itu sendiri! Tun tiada isu rasuah walaupun geng Anwar ketika itu menuduh Tun sbg PM 10% tetapi tidak dpt dibuktikan. Bagaimana Tun buat itu kebijakksanaan dia! Jadi saya rasa Blog ni tak payahlah jadi kaki bodek tak tentu hala. Apa yg Tun persoalkan adalah apa yg rakyat tanyakan. Tun selalu memberi analogy yg mudah dlm sesuatu masalah utk kefahaman rakyat. Cuma rajin rajin baca blog Tun.

Fikir said...

Yang sokong ahjibgor tu impikan gulagula drp ahjibgor sebab dia tu Menteri Kewangan.

Kalau nak melabur guna duit berlebihan (duit spare) bukan duit pinjaman.

Budak sekolah pun tahu perkara ni.

Habis ahjibgor sediakan pejabat FLOM tu apa faedah. Adake bini pun masuk campur urus negara. Lagipun FLOM diMalaysia adalah Permaisuri Agong bukan rosmah hippo.

Jho Low pun kawan baik anak rosmah hippo, jadi persepsi rakyat bahawa keluarga ahjibgor masuk campur mungkin TEPAT.

Fikir said...

Blogger KLC harus berfikir panjang. Rakyat amat terhutang budi pada TDM yg masih sayangkan dan prihatin terhadap negara Malaysia.

Ahjibgor ni suka sangat dipuji. Hanya dia sorang yg ada banner "I love PM" dan "you are our inspiration".

Semakin menyampah - asyik asyik mintak sokongan. Nak raih populariti tabur duit negara macam duit sendiri.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget