KL CHRONICLE: Penjelasan Isu FGVH & Membongkar Penipuan Pembangkang di Rompin

Tuesday, April 21, 2015

Penjelasan Isu FGVH & Membongkar Penipuan Pembangkang di Rompin


Umum ketahui bahawa kini sedang berlangsung kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dimana terdapat hampir 28 ribu pengundi FELDA. Menyedari bahawa FELDA merupakan antara kawasan yang "berpotensi" untuk meraih undi, pihak pembangkang kini dilihat cuba memutar belit fakta berkaitan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) dengan mengatakan isu penyenaraian FGVH kononnya merupakan satu "kesilapan" kerajaan.


Mengenai Felda Global Ventures Holding

1.FGVH Sdn Bhd diperbadankan pada 19 Disember 2007 sebagai sayap untuk memacu kepelbagaian dan globasisasi kumpulan niaga. 

2.Pada 18 Januari 2012, FGVH telah ditukar kepada Syarikat Awam Berhad dan dikenali sebagai FELDA Global Venture Holdings Berhad.

3.Pelancaran FGVH merupakan langkah berani FELDA menjadi sebuah syarikat multinasional (MNC) dalam bidang pertanian multi-crop di peringkat antarabangsa. 

4.Tujuan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia pada Mei 2012 bertujuan mengangkat martabat masyarakat FELDA ke peringkat global seterusnya meningkatkan ekuiti bumiputera di pasaran modal negara. 

Pakar ekonomi juga setuju dengan penyenaraian FGVH
Faedah yang diperoleh setelah penyenaraian FGVH

Membuka ruang dan peluang komersil di peringkat global. Peneroka secara tidak langsung boleh menyertai perniagaannya dengan memiliki saham dalam FGVH dan seterusnya mendapat dividen. 

Peneroka juga menerima sagu hati sebelum penyenaraian ini bagi tujuan menghargai sumbangang dan dedikasi mereka selama ini. 

PKNK dibawah pentadbiran PAS Kedah juga membeli saham FGVH
Peneroka Tetap Menjadi Keutamaan

Kerajaan sentiasa berpegang kepada prinsip "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Oleh yang demikian, kebajikan dan kepenentingan peneroka tetap terpelihara. 

Bagi kami di #KLChronicle. langkah penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia telah memberikan peluang kepada FGVH "diversify" perniagaan mereka sekaligus membuka peluang kepada peneroka untuk melabur. Umum ketahui memang kini harga saham FGVH kini telah jatuh berbanding ketika penyenaraian IPO nya namun perlu diingatkan bahawa peneroka juga menerima 800 unit saham secara percuma dan membuat keuntungan cuma samada dalam jumlah yang sedikit atau banyak. 

Oleh itu, fitnah pembangkang yang mengatakan peneroka rugi kerana penyenaraian FGVH adalah fitnah dan tipu semata-mata untuk memburukkan kerajaan Barisan Nasional.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget