KL CHRONICLE: Operasi SPAD Banteras "Ulat Teksi" di KLIA & KLIA2 Berjaya

Saturday, April 11, 2015

Operasi SPAD Banteras "Ulat Teksi" di KLIA & KLIA2 Berjaya


Menyedari bahawa tindakan ulat teksi yang mengambil penumpang dan pelancong di KLIA & KLIA2 tanpa menggunakan meter memburukkan imej negara di mata pelancong asing, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah menjalankan satu operasi untuk mencekup ulat-ulat ini.



Operasi telah dilakukan pada 9 April 2015 dari pukul 5.00 pagi sehingga 11.00 malam (18 jam). Didalam operasi tersebut, 20 kes siasatan telah dibuka dimana 15 adalah kerana kesalahan menjadi ulat teksi dan 5 adalah kerana penyalahgunaan dadah. Pecahan kes adalah seperti berikut:

--  SPAD :  15 Kes
(1) 9 x Prebet Sapu.
(2) 4 x 'Ulat'.
(3) 2 x Langgar Syarat Permit.

-- AADK : 5 Kes Positif Syabu@Methamphetamine




Susulan dari operasi ini, 11 buah kereta telah disita dan dihantar ke Tapak Sitaan di Sepang. Kenderaan disita :
 a. 2 x Proton Waja.
 b. 2 x Wira Aeroback.
 c. 1 x Perodua Alza.
 d. 1 x KIA Forte.
 e. 1 x KIA Spectra.
 f. 1 x KIA Pregio.
 g. 1 x Toyota Avanza.
 h. 1 x Proton Saga BLM
 i. 1 x Teksi Bajet (Waja)

Alhamdulilah, walaupun operasi telah dijalankan selama 18 jam, namun tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Kami di #KLChronicle ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada SPAD kerana memastikan sistem pengangkutan awam darat Malaysia selamat untuk digunakan oleh rakyat Malaysia dan pelancong luar negara.  

Kita perlu memastikan semua pemandu teksi di Malaysia bebas daripada najis dadah supaya tidak timbul isu-isu jenayah yang sekaligus akan menyebabkan rakyat berasa takut dan bimbang menaiki teksi. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget