KL CHRONICLE: MCA Komited di #Rompin dan #PermatangPauh @weekasiongmp @LiowTiongLai

Thursday, April 23, 2015

MCA Komited di #Rompin dan #PermatangPauh @weekasiongmp @LiowTiongLai

Pemimpin komponen solid menyokong calon BN di Permatang Pauh

Menyedari bahawa terdapat beberapa pihak yang mula mempersoalkan komitmen MCA menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini bangkit dengan mengatakan bahawa MCA komited dalam memastikan kemenangan BN dalam kedua - dua PRK tersebut. 


Bagi kami di #KLChronicle, fitnah bahawa MCA tidak komited adalah satu fitnah jahat yang bertujuan memburukkan imej MCA sekaligus mengganggu kempen BN dalam PRK Rompin dan Permatang Pauh. 


Menurut kenyataan yang dikeluarkan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong ;

"Jika dilihat dari jumlah pengundi di Rompin ada 1381 pengundi Cina berbanding Permatang Pauh belasan ribu. Jadi secara logiknya kita hantar lebih ramai ke sana di mana kita gunakan pemimpin-pemimpin MCA yang berdekatan dengan kedua-dua kawasan"

Strategi yang dipakai ini adalah "feasible" kerana sebagai sebuah parti politik, apa yang paling penting adalah kita perlu memberi priority atau keutamaan kepada tempat yang mempunyai lebih ramai pengundi dimana tenaga kerja akan dilebihkan di kawasan tersebut.

Adalah tidak bijak bagi pihak MCA jika mereka meletakkan lebih banyak jentera PRK di Rompin tetapi hanya sedikit di Permatang Pauh. Jika ini berlaku, barulah MCA boleh dikatakan kononnya tidak menunjukkan komitmen yang tinggi.

Malah, menurut Dr. Wee, beliau dan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bergilir-gilir antara Rompin dan Permatang Pauh. Bagi kami ini sudah cukup bagus berbanding pihak pembangkang dimana PAS boikot PKR di Permatang Pauh dan kemudian DAP & PKR boikot PAS di Rompin. Namun syukur, BN tetap berdiri teguh dibelakang calon bagi memastikan kemenangan milik BN! 

#LawanTetapLawan

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget