KL CHRONICLE: Kini Timbalan Mursyidul Am PAS mahu Pemuda PKR Mohon Maaf Kepada Hadi #PRKPermatangPauh

Wednesday, April 29, 2015

Kini Timbalan Mursyidul Am PAS mahu Pemuda PKR Mohon Maaf Kepada Hadi #PRKPermatangPauh



Pemuda PKR Pulau Pinang wajar memohon maaf kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana menuduh PAS menjalin persahabatan dengan Barisan Nasional (BN) berhubung isu hudud, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Menteri besar Kelantan itu berkata PAS tidak mempunyai sebarang hubungan dengan BN dan kerjasama yang berlangsung pada ketika ini melibatkan kerajaan negeri Kelantan dan kerajaan pusat.



"Sebenarnya tidak ada apa-apa hubungan (PAS) dengan Umno (dan BN). Pihak kerajaan negeri (Kelantan) dan (kerajaan) Persekutuan bersetuju mengadakan jawatankuasa teknikal (di peringkat pusat) bagi melihat bagaimana Akta 355 (bidang kuasa Mahkamah Syariah) boleh dibuat pindaan di peringkat Parlimen, itu saja.

"Mungkin bagi Pemuda (Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang) itu satu tuduhan kepada presiden ... itu mungkin sebabnya (Pemuda PKR perlu) minta maaf. (Ia) wajarlah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri Kelantan di Kota Darul Naim di Kota Baru, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari berkata pihaknya akan terus menggesa Pemuda PKR Pulau Pinang menarik balik tuduhan yang dilontarkan kepada Hadi serta meminta maaf kepada presiden PAS itu.

"Dalam hal ini kami juga berpendirian pihak yang menyerang atau pihak yang mengeluarkan kenyataan awal kononnya presiden PAS ini melakukan kerjasama dengan Umno perlu dan wajib meminta maaf dan menarik balik kenyataan mereka," katanya.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget