KL CHRONICLE: Kini Suspek Kes Rasuah RM 30 Juta Pula Berkempen Untuk PAS di #PRKRompin

Monday, April 27, 2015

Kini Suspek Kes Rasuah RM 30 Juta Pula Berkempen Untuk PAS di #PRKRompin


Kempen PAS di #PRKRompin nampaknya semakin hilang arah tujuan. Selepas kontroversi dimana ahli PASMA turun berkempen di #PRKRompin bagi calon-calon mereka dalam perebutan jawatan pada Pemilihan Pusat PAS, kini PAS telah menggunakan khidmat seorang suspek yang didakwa melakukan pecah amanah sebagai penceramah mereka di kawasan FELDA. 




Lebih mengejutkan adalah suspek tersebut kini sedang disiasat akibat kes pecah amanah sebanyak RM 30 Juta dimana RM 30 juta ini merupakan duit hasil penat lelah peneroka yang telah ditipu oleh suspek yang ketika itu berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Koperasi Permodalan FELDA yang telah diamanahkan untuk "menjaga" wang koperasi peneroka.

Bagi kami di #KLChronicle, tindakan PAS memanggil seorang yang kini disiasat akibat pecah amanah melibatkan wang peneroka FELDA berkempen untuk mereka di Rompin disamping memburukkan kerajaan adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab. 

Persoalannya sekarang, adakah PAS begitu terdesak dalam PRK Rompin sehingga terpaksa menggunakan khidmat seorang suspek dalam kes polis sebagai penceramah mereka? 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget