KL CHRONICLE: Kini Pemimpin Tertinggi PAS mahu parti boikot PRK Permatang Pauh

Saturday, April 4, 2015

Kini Pemimpin Tertinggi PAS mahu parti boikot PRK Permatang Pauh



Akibat dihina dan dicaci oleh @dapmalaysia, seorang pemimpin tertinggi PAS Pulau Pinang mencadangkan agar ahli dan jentera parti Islam tidak turun membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.


Memetik kenyataan seorang pemimpin tertinggi yang enggan namanya didedahkan sebagai berkata, tindakan itu ekoran ketegangan politik dalaman antara rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) terutama yang menentang pelaksanaan enakmen syariah dan hudud.

"Kali ini selepas apa yang berlaku ahli PAS tidak harus membiarkan diri mereka dipergunakan lagi untuk mencapai matlamat politik PKR semata-mata," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Pada masa sama, pemimpin itu mengakui penglibatan PAS dan jenteranya di Permatang Pauh memberi kesan setiap kali berlangsung PRK.
Sumber itu berkata, cadangan itu perlu dilaksanakan kerana jelas PKR menolak perjuangan Islam dibawa PAS sehingga mengecewakan ahli parti.

"Mereka hanya mahu mempergunakan PAS untuk mencapai matlamat politik dan setelah menang mereka menghina Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang," kata sumber itu.

Beliau berkata, cadangan supaya tidak melibatkan ahli akan diusulkan dalam mesyuarat PAS negeri tidak lama lagi.

"Kita tidak perlu bersusah payah, membantu mereka PKR yang khianat terhadap perjuangan PAS," katanya.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh kosong berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen, selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunannya berkenaan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Persekutuan 10 Februari lalu. – 4 April, 2015.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget