KL CHRONICLE: Kini PAS ‘cabar’ PasMa lawan PRU14

Friday, April 3, 2015

Kini PAS ‘cabar’ PasMa lawan PRU14

Kepimpinan PASMA bersama @cmlimguaneng
Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) digesa bertanding bersama PAS dalam pilihan raya umum akan datang selepas persatuan itu menyuarakan niatnya semalam untuk menjadi sebuah parti politik, kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Sambil menjelaskan beliau bukan mahu mencabar badan yang sekarang ini bertaraf pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu mengalu-alukan hasrat PasMa kerana katanya, ia lebih baik daripada terus mengkritik dan menyusahkan PAS.



“Saya sangat alu-alukan PasMa ini bentuk parti politik baharu, sebab duduk dalam PAS pun menyusahkan. Lebih baik tubuh parti sendiri dan kita lawan. Bukan cabar, tetapi itu cara paling baik.

“Agak pelik apabila berada dalam PAS tetapi mengkritik parti sendiri,” katanya seperti dilaporkan akhbar Utusan Malaysia.

Amar berkata PasMa bukanlah ancaman kepada PAS kerana bilangan ahli NGO itu “boleh dikira dengan jari”.

Katanya, PasMa diterajui golongan pemimpin yang kecewa di dalam PAS dan kebanyakan yang terlibat dengannya itu adalah golongan yang bermasalah selain sudah tidak dapat diterima kebanyakan ahli parti.

“Tidak ramai dalam PasMa ini, boleh bilang dengan jari. Bukan satu ancaman bagi kita. Dan kita tengok di Kelantan, orang yang terlibat dengan PasMa ini hanya orang yang bermasalah di dalam parti.

“Boleh dikatakan mereka yang menyertai PasMa ini orang yang tidak dite­rima ahli parti,” Amar, yang juga timbalan menteri besar Kelantan, dipetik sebagai berkata.

Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata semalam, PasMa merancang menjadi sebuah parti politik supaya ia boleh secara rasmi menyertai Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, yang juga merupakan salah seorang pemimpin PAS Kedah, ahli PasMa juga "sangat kuat mahukan" kumpulan itu menyertai pakatan pembangkang.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget