KL CHRONICLE: Kini FELDA Zahirkan Sokongan Terhadap Y.A.B PM @NajibRazak #KekalNajib

Sunday, April 19, 2015

Kini FELDA Zahirkan Sokongan Terhadap Y.A.B PM @NajibRazak #KekalNajib


Menyedari bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak kini diasak pelbagai pihak mahupun dari dalam atau luar parti UMNO, FELDA melalui Pengerusinya Tan Sri Isa Abdul Samad kini telah menzahirkan sokongan padu warga FELDA terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri.



Selain itu, Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Abdul Samad telah berjanji dan berikrar bahawa akan tetap berdiri teguh di belakang kepimpinan YAB Perdana Menteri dan akan tetap menyokong kepimpinan nya. Perkara ini dinyatakan bersama 11 pemimpin  wilayah tanah rancangan FELDA selepas ditemui pada perjumpaan khas FELDA Keratong 3 , Rompin beberapa hari lalu.

Malah lebih menarik lagi, bukan hanya FELDA malah antara badan dan pertubuhan yang turut hadir memberi sokongan kepada YAB Perdana Menteri adalah Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Gerakan Persatuan Wanita (GPW) FELDA dan Gabungan Pemikir Profesional FELDA (Gaprof).

Bagi kami di #KLChronicle, tidak salah kepimpinan dan warga FELDA menzahirkan sokongan mereka terhadap YAB Perdana Menteri. Umum ketahui bahawa sepanjang tempoh Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri, beliau telah banyak membantu warga FELDA dalam pelbagai aspek dari segi ekonomi, pendidikan dan juga menaikkan taraf kawasan tanah rancangan FELDA bagi kemudahan warga FELDA. 

Jadi usahlah kita yang di "middle ground" ini mengkritik warga FELDA hanya semata-mata kerana mereka menyokong Perdana Menteri. Di Malaysia, kita mempunyai hak untuk menentukan pemimpin mana yang kita sokong, jadi hak tersebut adalah ekslusif kepada setiap individu. Jika kita mempunyai perbezaan pendapat, berbincang dan berdebat secara ilmiah, bukan dengan mengkritik secara peribadi dan sebagainya. 

Apa pendapat pembaca?

1 comment:

Labu8455 said...

Melonjak naik ke syer Felda bilamana mereka pakat sebulat suara menyokong Najib atau nilai pelaburan peneroka ni semua bakal tinggal tulisan atas kertas aje.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget