KL CHRONICLE: Kini ADUN UMNO Desak Mukhriz Letak Jawatan

Sunday, April 12, 2015

Kini ADUN UMNO Desak Mukhriz Letak Jawatan


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin menggesa  Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah sekiranya tidak lagi boleh menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.



“Menteri Besar adalah jawatan yang dilantik oleh Perdana Menteri dengan sokongan Ahli Dewan Undangan Barisan Nasional, sekiranya beliau tidak lagi menyokong Perdana Menteri, elok letak jawatan.”

Beliau yang ditemui oleh SuaraTV selepas perjumpaan tergempar sebahagian pemimpin UMNO Kedah melahirkan kecewa dengan tindakan Mukhriz yang masih bermain tarik-tali dan enggan membuat kenyataan terbuka menyokong kepimpinan Najib. 

Ahmad menegaskan bahawa Mukhriz harus membezakan antara sokongan kepimpinan dengan isu.

“1MDB adalah isu pengurusan yang sedang disiasat oleh Jabatan Audit Negara ia tidak harus menjadi “benchmark” kepada kepimpinan Mohd Najib. Perdana Menteri sendiri berjanji sekiranya ada salah laku dalam 1MDB, tindakan tegas akan diambil.”

Ahmad juga menyatakan Mukhriz berbeza pendapat dengan beliau dan Ahli-ahli Parlimen yang hadir

Dalam pertemuan tersebut Mukhriz berkata akan menunggu siasatan terhadap 1MDB selesai sebelum menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

“Mukhriz menyatakan beliau hanya akan menyokong Najib sekiranya (siasatan) yang dijalankan mendapati 1MDB itu tidak bersalah, namun jika siasatan mendapati sebaliknya, beliau akan bersama-sama rakyat” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Namun menurut Ahmad,  kenyataan Mukhriz itu dibidas oleh Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom yang turut hadir dalam perjumpaan tersebut dengan  menegaskan isu sokongan terhadap Perdana Menteri tidak seharusnya berpaksi kepada 1MDB semata-mata.

Jemputan perjumpaan pagi ini dibuat oleh  Setiausaha Politik kepada  YAB Menteri Besar, Datuk Azimi Daim petang semalam kepada  Ketua-Ketua Umno Bahagian, ahli-ahli parlimen dan Adun-Adun negeri Kedah bersama MB.

“Saya dimaklumkan perjumpaan yang diadakan bertujuan untuk menyokong YAB Perdana Menteri, namun ketika perjumpaan tersebut Menteri Besar berkata beliau berpihak kepada rakyat. Saya pun hairan rakyat mana? Ramai juga rakyat yang menyokong Najib sekarang.”

“Hari ini kita sepatutnya membuat kenyataan menyokong kepimpinan PM jadi tidak perlu membincangkan isu-isu lain yang tidak berkaitan.

Selain Ahmad, antara Adun yang turut hadir dalam perjumpaan tersebut Nor Saidi Nanyan (Kuah), Kama Noriah Ibrhaim (Pedu), Dato Abu Hasan Sarif (Kota Siputeh) dan Dato Ahmad Zaini Japar (Bukit Kayu Hitam).

Manakala antara ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Dato Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan, Aminuddin Omar; dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, Dato Haji Badrol Hisham Hashim.

Seterusnya Ketua Umno Bahagian yang hadir Datuk Mohd Rozai Shafian (Pendang), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (Baling), Datuk Johari Baharum (Kubang Pasu), Dato Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap) dan Abdullah Hasnan (Kuala Kedah).

Terbaharu  Dr Mahathir dilihat beberapa kali ‘menyerang’ Najib melalui tulisannya di blog chedet.cc, yang menyentuh mengenai kes Altantuya, 1MDB dan ‘Nasib BN’ di bawah Najib menjelang PRU14 dan hari ini Dr Mahathir ‘menyerang’ semula dengan lebih keras.

5 comments:

izham mohd said...

Tun Mahathir memang banyak jasa
Tapi banyak jasa tak semestinya 100% dia betul.. dia tak maksum.

Tun M mrosakkan masa depan Mukhriz. Mukhriz tak cemerlang pun jadi MB Kedah.Slow dan tiada out of the box..

sekarang Tun merosakkan keadaan, membawa prpecahan Melayu dan UMNO buat sekian kali.

Tindakan Tun menjatuhkan maruah dirinya sendiri dengan meletak dirinya seperti Mahfuz Omar, ahlipolitik setaraf longkang itu.

Kasihan Melayu..berpecah teruk...

Labu8455 said...

izham mohd - "kanak kanak" seperti kamu mungkin belum cukup matang untuk mengenali Tun M untuk membuat komen sedemikian. Macam Tun kata lah - kalau tak buat jembatan bengkok tu dia boleh mati ka ?

dol_bendol said...

Bagus lah jika Datuk Mukhriz berkata lihat dulu isu, baru nak sokong, sebab itu adalah menurut perentah Allah, tak boleh Taat kepada Perkara salah dan buruk kelakuan

Namun sebagai Pemerintah, zaman demokrasi Taat tak berbelah bagi itu adalah bawaan Kuffar

Kerana itulah sukarnya hendak menyokong agenda Islam

silakan ya, semuga dapat berfikiran terbuka

cikdil.n9 said...

Melayu sama Melayu bercakaran..yg kaut untung DAP+MCA+GERAKAN..MIC duduk tengah2..tengok siapa yg benar2 untung...nanti baru dia bersuara..macam masa tuntut merdeka dulu..dah tentu nak merdeka baru MIC bersuara..WAHAI ORANG2 MELAYU..BERSATULAAH!!!rasiskah saya..tidaak..INI TANAH MELAYU...

izham mohd said...

Labu8455?
Apakah jadi 'orgtua' mesti bersifat busuk dan hasad dengki.. baru dikatakan bukan kanak2?

Apakah Tun M itu dewa? maksum?
jawab dulu!

Berapa ramai lagi pemimpin perlu 'dikorbankan' untuk memenuhi nafsu serakah Tun?

Sudah pencen tp lagak seperti diktator.
Guna pengaruh bukan untk kebaikan tp untuk kemusnahan..

Melayu yg hancur.. Tun senang lenang anak beranak.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget