KL CHRONICLE: Kerana Elias Kadir, #KTMB Bakal Ditutup?

Tuesday, April 7, 2015

Kerana Elias Kadir, #KTMB Bakal Ditutup?


Susulan daripada artikel kami pagi semalam yang mendesak kerajaan Barisan Nasional mengambil langkah drastik untuk memastikan KTMB tidak lagi mengalami kerugian dari segi operasi, Datuk Nur Jazlan Mohd Rahmat, Pengerusi Kira-Kira Parlimen pada petang semalam telah memberi pandangan beliau bahawa mana-mana GLC yang terus menerus mengalami kerugian wajar ditutup. 





Bagi kami di #KLChronicle, ini merupakan satu perkara yang sangat serius kerana kegagalan seorang presiden GLC, dalam kes ini Datuk Elias Kadir pekerja KTMB dan rakyat yang terpaksa menerima padahnya. Namun adakah ini adil?

Sepatutnya, dari pengerusi PAC mencadangkan GLC ditutup, lebih wajar Presiden/CEO GLC yang ditukarkan dahulu kerana akibat incompetency mereka syarikat yang mereka pimpin gagal.

Zaman kerajaan untuk "bailout" GLC sudah lama berlalu. Now No More. Jika kita perhatikan, Datuk Seri Najib Razak telah cuba untuk membawa perubahan yang positif kepada negara melalui Economic Transformation Plan (ETP) dimana transformasi pengangkutan awam merupakan satu elemen penting dalam rancangan ini. Namun jika KTMB gagal, bagaimana visi dan misi PM mahu tercapai?

2 comments:

gabenor johor said...

Suruh pengerusi PAC tu selesaikan masalah pojek STP di kawasan parlimen dia dahulu iaitu di Kg Pasir baharu..jangan cakap bnyak ttg GLC

RSOthman said...

KTM cuma ada ETS sahaja. Laluan lain yg menguntungkan bagi pada YTL. Tu tak pasti Monorel dan LRT ada kepentingan KTM dlm tu atau tidak. Jgn jadi macam TM. Jual Celcom lepas tu rugi. Sekarang buang duit pi beli P1. Kalau setakat suruh tutup, lepas tu nak buat apa? Jual kat Cina? Itu typical mentaliti Mohamad Rahmat! Zaman dulu bolehlah.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget