KL CHRONICLE: JOM SAKSIKAN PERSEMBAHAN CALIPH BUSKERS DI STESEN LRT DANG WANGI

Friday, April 10, 2015

JOM SAKSIKAN PERSEMBAHAN CALIPH BUSKERS DI STESEN LRT DANG WANGI

Displaying Caliph Buskers (2).jpg

Berita baik untuk para peminat Caliph Buskers.

Kumpulan busker, yang memukau para peminat pada saingan Juara Lagu TV3 lepas, akan mengadakan satu sesi khas bertemu peminat di Stesen LRT Dang Wangi esok (Sabtu, 11 April 2015).

Bagi merakamkan penghargaan kepada para peminat, Caliph Buskers menjanjikan satu persembahan hebat termasuk mendendangkan lagu-lagu daripada album sulung mereka - Hanya Nama Mu.



Dianjurkan bersama oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sebagai satu pra-acara untuk mempromosi program ‘Busking in Transit’, sesi, yang dijadualkan bermula pada 2 petang itu, akan turut menampilkan kumpulan Forteen dan #tag.

“Bagi pihak Prasarana, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana menyokong program ‘Busking in Transit’ ini. Program ini bukan saja bertujuan untuk menyokong kumpulan-kumpulan ‘busker’ tetapi juga untuk menceriakan perjalanan para pelanggan kami,” kata Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran Strategik Prasarana, Encik Lim Jin Aun.

Diketuai oleh Nirwan, yang bermain gitar utama, anggota-anggota lain dalam kumpulan ini adalah Zaki yang bermain gitar kedua, Azmi (bass), Fendy (gendang) dan seorang anggota wanita, Nadira, yang bermain ‘shakers’. Kesemua anggota kumpulan ini adalah golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Menurut Lim, program ‘Busking in Transit’ kini dalam fasa akhir perancangan dan akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini dengan Caliph Buskers sebagai antara artis utama.
Di bawah program itu, Prasarana mengenalpasti stesen-stesen LRT dan monorel serta hab-hab bas tertentu. Sudut khas akan disediakan untuk busker membuat persembahan dan mengutip derma, yang akan diambil sepenuhnya oleh mereka.

Mereka yang bermimat untuk menyertai program ini boleh menghubungi Prasarana melalui e-mel busking@rapidkl.com.my.

“Kami sebenarnya sedang mengatur pelbagai program dan aktiviti untuk meningkatkan keceriaan di stesen-stesen LRT dan monorel selaras dengan apsirasi kami untuk membina gaya hidup baru di kalangan rakyat Malaysia yang berkisarkan kehidupan di sekitar stesen.
“Ini adalah konsep yang dibangunkan melalui penekanan baru kami untuk projek-projek TOD (Transport Oriented Development/Pembangunan Berorientasikan Pengangkutan) dengan membuka lebih banyak ruang komersial dan penempatan berdekatan dengan stesen. Di mana boleh, kami akan laksanakan di stesen itu sendiri seperti apa yang kami sedang bangunkan di Stesen LRT Dang Wangi,” tambah Lim.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget