KL CHRONICLE: Ini Bukti Kerajaan Selangor Bawah @AzminAli Bertindak Zalim #PRZalim #PRKPermatangPauh #PRKRompin

Thursday, April 30, 2015

Ini Bukti Kerajaan Selangor Bawah @AzminAli Bertindak Zalim #PRZalim #PRKPermatangPauh #PRKRompin

Hantar surat pada waktu pagi, minta PIBG jumpa pada 3,00pm hari sama, kenapa bodoh sangat MPKj?
Kerajaan Selangor dibawah pentadbiran Saudara Azmin Bin Ali kini dilihat semakin kurang ajar dalam menyelesaikan isu Sekolah Maahad Hamidiah Kajang apabila Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) MPKj dilihat memihak kepada pihak "Developer" berbanding dengan pihak sekolah. Masalah ini timbul apabila sekolah Maahad Hamidiah Kajang membantah projek pembinaan pangsapuri bangunan setinggi 36 tingkat dihadapan sekolah berkenaan. 




PIBG menjawab surat yang dikemukan oleh MPKj pada hari yang sama
Pihak PIBG sekolah, setelah mendapat surat daripada MPKj terpaksa menangguhkan perjumpaan tersebut kerana:

1. Notis panggilan mesyuarat diterima pada pagi hari yang sama mesyuarat hendak diadakan
2. YDP dan ibu-bapa mempunyai komitmen lain

Bagi kami di #KLChronicle, tindakan jijik MPKj ini wajar dikecam. Mungkin MPKj lupa bahawa kebanyakkan ibu-bapa dan ahli PIBG mempunyai pekerjaan tetap dan perlu bekerja untuk menyara anak dan isteri. Tindakan tidak bertanggungjawab MPKj ini hanya memperlihatkan sikap tidak serius dan sambil lewa kerajaan negeri Selangor dalam menyelesaikan masalah ini. 

Namun, kami bersyukur kerana pihak MPKj kini telah menunjukkan wajah sebenar mereka. Penduduk Kajang harus tanya kepada diri masing-masing, tindakan MPKj ini adakah menjaga kepentingan rakyat atau kepentingan "developer" ? Renungkanlah...

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget