KL CHRONICLE: @drwanazizah Kini Masuk Campur Perbalahan PAS dan @dapmalaysia

Friday, April 3, 2015

@drwanazizah Kini Masuk Campur Perbalahan PAS dan @dapmalaysia

Langkah Kajang demi kepintingan peribadi dan bukan rakyat

Selepas gagal menjadi Menteri Besar Selangor, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini cuba masuk campur dalam perbalahan PAS dan DAP dengan berharap usaha mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dalam masa terdekat mampu menyelesaikan pertelingkahan ini. 



Di tengah-tengah pertelingkahan antara DAP dan PAS, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedang berusaha mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dalam masa dua minggu bagi kononnya membincangkan isu membabitkan "rakyat". 

Wan Azizah mahu menggesa pemimpin kedua-dua parti kembali ke meja perundingan bagi merungkai perbezaan yang wujud antara mereka, beliau berkata mesyuarat yang bakal diadakan itu akan mempunyai empat agenda utama.

Satu daripadanya ialah isu cukai barang dan perkhidmatan (GST); perbincangan mengenai bagaimana hendak memastikan rakyat Malaysia tidak terlalu terbeban dengan cukai penggunaan itu dan menyokong usaha yang menentang pelaksanaannya.Agenda berikutnya ialah merangka tindak balas PR terhadap tangkapan yang dibuat ke atas pemimpin, aktivis dan pengamal media baru-baru ini.

Dua agenda seterusnya ialah usaha membantu mereka yang terjejas akibat banjir besar pada Disember lepas dan persediaan menghadapi pilihan raya, terutamanya peringkat negeri Sarawak akan datang.

"Saya percaya, rakyat perlukan kembali kepimpinan politik untuk mempertahankan kepentingan mereka dan menyelesaikan perbalahan dalam cara yang bermaruah.

"Saya berdoa pimpinan PR diberi kekuatan untuk memperkukuhkan ikatan mereka menghadapi Barisan Nasional (BN)," tulisnya di laman Facebook beliau hari ini. – 3 April, 2015.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget