KL CHRONICLE: #DemiRakyat Kini SPAD Lancar Perkhidmatan Bas Henti-henti Dabong – Kuala Krai

Sunday, April 19, 2015

#DemiRakyat Kini SPAD Lancar Perkhidmatan Bas Henti-henti Dabong – Kuala Krai

Tan Sri Syed Hamid adalah Pengerusi SPAD
Menyedari bahawa orang awam dan pelajar sekolah kini menghadapi kesulitan akibat perkhidmatan rel KTMB yang terjejas di Pantai Timur akibat banjir pada akhir tahun lalu, SPAD dengan kerjasama Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (‘SKMK’) yang menggunakan jenama ‘CityLiner’ telah memulakan perkhidmatan bas berhenti-henti sejak 13 April, 2015 bagi membantu menghubungkan orang awam, termasuk pelajar sekolah sekitar Dabong, Kemubu dan Kuala Krai.




Bagi pengetahuan pembaca, sebelum kejadian banjir yang menimpa Kelantan, penduduk setempat menjadikan perkhidmatan rel KTMB sebagai mod pengangkutan awam mereka yang utama namun kini tidak lagi.

Pihak Cityliner telah menyediakan 3 perjalanan sehari bagi memudahkan rakyat iaitu daripada Dabong ke Kuala Krai dan 3 lagi perjalanan dari Kuala Krai ke Dabong. CityLiner juga pada 14 April telah melanjutkan perkhidmatan laluan Jeli ke Kuala Balah sehingga ke Jelawang dan Dabong.

Bagi kami di #KLChronicle langkah SPAD dan pihak CityLiner wajar diberi "thumbs up" kerana umun ketahui bahawa bila rakyat susah dan marah, rakyat tidak akan menyokong kerajaan dan akhirnya ini memberi masalah kepada kerajaan Barisan Nasional. Perkara yang penting dan baik disini adalah kerajaan dan agensi berkhidmat untuk kesejahteraan rakyat. Ini adalah fungsi utama kerajaan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget