KL CHRONICLE: ADUN Entah Kemana, Penduduk Kajang Turun Protes Pembangunan Kondominium Mewah

Saturday, April 25, 2015

ADUN Entah Kemana, Penduduk Kajang Turun Protes Pembangunan Kondominium Mewah


Pada 26 April 2015 (Ahad ini) satu demonstrasi piket aman akan diadakan di hadapan sekolah SMKA Maahad Hamidiah bagi membantah projek pembinaan kondominium mewah The Lourve.



Piket aman ini dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKA Maahad Hamidiah ini membantah projek pembinaan kondominium dan pusat komersil mewah yang sedang didirikan betul betul hanyalah 30 meter daripada pintu sekolah.

Persoalan yang timbul:

-Bagaimanakah pihak sekolah langsung tidak tahu menahu kewujudkan projek ini sehinggalah jentera berat Pemaju/kontraktor memulakan kerja di tapak.

-Bagaimana Pemaju dengan penuh yakin memulakan projek walaupun kelulusan penuh belum lagi diperolehi. Adakah wujud sebarang "layanan mesra” antara pemaju dengan pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri? Papan tanda pembangunan projek pun tiada nombor kelulusan.

-Bagaimanakan pelan pembangunan yang secara terang-terang jelas projek kondominium mewah ini dibina hanyalah 20 meter bertentangan pintu masuk sekolah?

-Adakah ini dasar baru Kerajaan negeri Selangor , kerajaan Pakatan Rakyat yang kononnya kerajaan rakyat tapi lebih mengutamakan projek kondominium mewah berbanding kepentingan umum?

-Adakah dasar baru kerajaan negeri Selangor yang menganak tirikan sekolah menengah agama?

-ADUN Kajang, Datin Seri Wan Azizah tidak peka langsung dengan perkembangan ini? Sedangkan rumah mertua beliau hanyalah dikawasan sekitar sahaja di Country Heights Kajang.

-Adakah kerusi Kajang hanyalah sebagai kempen politik semata-mata?

-Adakah besok selepas projek ini siap, sekolah ini yang terhimpit antara dua projek perumahan mewah iaitu Country Heights dan kondominium The Lourve ini akan menjadi sasaran dipindahkan pula?

Terdapat banyak persoalan dan tanda tanya tentang projek ini. Yang jelas dan nyata, kerajaan negeri Selangor kerajaan Pakatan Rakyat dan pihak Berkuasa tempatan (MPKJ) yang mempunyai kuasa penuh telah meluluskan projek ini, dengan meletakkan kepentingan pemaju perniagaan melebihi kepentingan rakyat. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget