KL CHRONICLE: Tamparan Besar Bagi Puak Anwarinas, Kini PAS Lantik Haron Din Sebagai Mursyidul Am yang Baru

Wednesday, March 11, 2015

Tamparan Besar Bagi Puak Anwarinas, Kini PAS Lantik Haron Din Sebagai Mursyidul Am yang Baru


PAS melantik Datuk Dr Haron Din sebagai mursyidul am PAS yang baharu bagi menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia bulan lalu.



Perkara itu disahkan Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Kota Baru itu berkata, keputusan melantik Haron dicapai selepas mesyuarat Majlis Syura Ulama parti itu pada 8 Mac lalu di Pejabat Agung PAS.

"Mursyidul am sudah dipilih, Datuk Haron Din, dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yacob dipilih memegang jawatan timbalan mursyidul am PAS yang baharu.

"Perlembagaan PAS menyatakan jawatan mursyidul am boleh dipilih oleh 15 anggota Majlis Syura Ulama (MSU) untuk tempoh lima tahun," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Takiyuddin berkata, jawatan berkenaan adalah atas lantikan dan tidak memerlukan proses pemilihan ketika Muktamar PAS.

Nik Aziz menghembuskan nafasnya yang terakhir pada umur 84 pada jam 9.45 malam, 12 Februari di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan selepas sekian lama mengidap barah prostat.

Bekas menteri besar Kelantan selama 23 tahun itu meninggalkan seorang balu Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan 10 anak termasuk Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohd Abduh.

Haron sebelum ini menyandang jawatan timbalan mursyidul am PAS sejak 22 Ogos 2004. – 11 Mac, 2015.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget