KL CHRONICLE: #TahukahAnda Siapa Yang boleh Membantah Syor Persempadanan Semula? Bukan @RafiziRamli

Sunday, March 15, 2015

#TahukahAnda Siapa Yang boleh Membantah Syor Persempadanan Semula? Bukan @RafiziRamli




Tahukah anda, berdasarkan Perkara 113 dan Bahagian II, Jadual Ke-13 Perlembagaan Persekutuan, representasi bantahan Kali Pertama syor persempadanan semula hanya boleh dilakukan oleh :

1. Kerajaan Negeri atau PBT
2. Sekumpulan orang seramai 100 orang atau lebih (nama yang ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi Bahagian Pilihan Raya berkenaan)

Syarat diatas adalah mengikut perlembagaan dan undang-undang negara. Ini bukan sesuatu yang direka oleh SPR ataupun kami di #KLChronicle. Namun, malangnya perkara ini tidak diceritakan dengan sebenar-benarnya oleh pihak pembangkang. Ini terbukti apabila:





Orang seperti Rafizi Ramli, yang merupakan seorang pengundi di Semenanjung Malaysia membantah persempadanan semula di Sarawak. Tahukah Rafizi bahawa yang boleh membantah persempadanan semula di Sarawak hanya orang Sarawak, yang mengundi di Sarawak dan yang mengundi di kawasan DUN atau Parlimen yang disyorkan oleh SPR untuk persempadanan semula. 



Bukan sahaja Rafizi Ramli, malah Bersih 2.0 melalui Maria Chin Abdullah juga BUKAN pengundi di Sarawak. Mereka cuma menyibuk di Sarawak bagi memastikan pakatan pembangkang dapat menghuru-harakan persempadanan semula di Sarawak sekaligus membangkitkan rasa "discontent" penduduk Sarawak terhadap SPR dan juga kerajaan Pusat yang akan dituduh "kononnya" memanipulasi persempadanan semula ini. 

Bagi kami di #KLChronicle, sikap tidak bertanggungjawan PKR dan Bersih 2.0 ini hanya akan menjadikan suasana tidak sihat di Sarawak dimana perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Ini kerana melalui perlembagaan persekutuan, SPR telah diberi kuasa untuk melakukan persempadan semula melalui proses-proses yang tertentu BUKAN PKR atau Bersih 2.0. Jadi tidak usahlah masuk campur dan mengeruhkan lagi keadaan wahai pembangkang. Tumpukan usaha kepada pentadbiran di negeri-negeri yang ditadbir untuk kesejahteraan rakyat. Itu lebih baik.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget