KL CHRONICLE: #TahukahAnda Bila Urusan Kajian Semula Persempadanan Boleh Dimulakan? @RafiziRamli @imokman & @Bersih2 Patut Baca Artikel Ini

Monday, March 30, 2015

#TahukahAnda Bila Urusan Kajian Semula Persempadanan Boleh Dimulakan? @RafiziRamli @imokman & @Bersih2 Patut Baca Artikel Ini




Umum ketahui bahawa kini Suruhanjaya PilihanRaya (SPR) sedang dalam proses melakukan persempadanan semula di Sarawak. Namun, walaupun proses persempadanan semula yang dilakukan oleh SPR adalah selari dengan Perlembagaan Persekutuan namun terdapat juga segelintir pemimpin pembangkang yang bodoh sombong mahukan proses ini diberhentikan kerana "kononya" SPR tidak mengikut perlembangaan dan undang-undang negara. Akibat kebodohan pihak pembangkang ini, kami di #KLChronicle tergerak untuk memberikan penjelasan tentang bagaimana proses persempadanan ini bermula supaya rakyat tahu hal sebenar dan tidak terpengaruh dengan pembohongan dan fittnah pembangkang. 

Urusan kajian semula persempadanan bermula mengikut keadaan seperti yang berikut:



1. Tamat tempoh sekurang-kurangnya Lat 8 tahun daripada tarikah urusan kajian semula persempadanan sebelumnya. 

2. Terdapat pindaan kepada undang-undang

Tamat tempoh sekurang-kurangnya Lat 8 tahun daripada tarikah urusan kajian semula persempadanan sebelumnya. 

Jika ia berkaitan dengan peruntukan Fasal (2) Perkara 113  Perlembagaan Persekutuan, SPR boleh memulakan urusan Kajian Semula Perlembagaan setelah tamat tempoh sekurang-kurangnya lat 8 tahun daripada tarikh urusan Kajian Semula Persempadanan sebelumnya. Ini bermakna ia tidak mewajibkan SPR memulakan urusan Kajian Semula Persempadanan sebaik sahaja mencapai tempoh lat 8 tahun. Namun, jika Kajian Persempadanan ini dimulakan, SPR perlu menyelesaikan urusan tersebut dalam tempoh 2 tahun.

Terdapat pindaan kepada undang-undang

Apabila Perlembagaan Persekutuan atau Undang-Undang Tubuh Negeri dipinda, sama ada penambahan/pengurangan kerusi dewan atau pewujudan wilayah baru, SPR hendaklah membuat urusan Kajian Semula Persempadanan tersebut dan perlu menyelesaikan  urusan tersebut dalam tempoh 2 tahun.

#TahukahAnda

Lat tempoh 8 tahun merupakan tempoh minima kepada sebarang usaha memulakan urusan Kajian Semula Persempadanan. Namun demikian, undang-undang juga tidak memaksa SPR untuk segera memulakan urusan Kajian Semula Persempadanan tersebut sebaik sahaja tamat tempoh lat 8 tahun atas alasan-alasan kukuh.

Kembali kepada Kajian Semula Persempadanan di Sarawak, kali terakhir Kajian Semula Persempadanan Sarawak diadakan adalah pada tahun 2005 (10 tahun yang dahulu). Oleh itu mengikut perlembagaan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan sudah tiba masanya SPR melakukan Kajian Semula Persempadanan di Sarawak kerana Kajian Semula Persempadanan yang terdahulu telah tamat tempohnya. 

Jadi, apa benda yang pembangkang nak tipu yang Kajian Semula Persempadanan di Sarawak ini tidak mengikut undang-undang? Gila!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget