KL CHRONICLE: #TahukahAnda Apa yang Dimaksudkan Dengan "Bahagian Pilihan Raya" ?

Tuesday, March 3, 2015

#TahukahAnda Apa yang Dimaksudkan Dengan "Bahagian Pilihan Raya" ?


Untuk memahami urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihanraya (Kajian Semula Persempadanan) dengan lebih jelas, terlebih dahulu, kita perlu tahu tentang komponene-komponen yang terdapat dalam sesebuah Bahagian Pilihan Raya.



Lokaliti

Lokaliti adalah komponen paling kecil yang terdapat dalam Bahagian Pilihan Raya. Ia merupakan tempat tinggal sekumpulan orang tempatan yang mempunyai talian sosial yang jelas seperti kampung atau taman perumahan. Dalam urusan pendaftaran pemilih, lokaliti adalah asas bagi menentukan di mana seorang pemilih akan mengundi. Penentuan tersebut adalah berdasarkan alamat yang dinyatakan dalam kad pengenalan pemohon. 

Daerah Mengundi (DM)

Daerah Mengundi diwujudkan melalui satu atau gabungan beberapa lokaliti. Ia bertujuan untuk menentukan Pusat-Pusat Mengundi bagi pemilih yang lokalitinya berada di dalam Daerah Mengundi tersebut. Nama Daerah Mengundi lazimnya diambil dari salah satu nama lokaliti. 

BAHAGIAN PILIHAN RAYA

Bahagian Pilihan Raya terbahagi kepada 2 iaitu:

 a) Bahagian Pilihan Raya Negeri (DUN)

Gabungan beberapa Daerah Mengundi akan membentuk satu DUN.

b) Bahagian Pilihan Raya Parlimen

Dua atau lebih DUN apabila digabungkan akan membentuk satu Bahagian Pilihan Raya Parlimen kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hanya mempunyai Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan tiada DUN. 

Siri #TahukahAnda akan bersambung lagi. Stay tuned.. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget