KL CHRONICLE: #TahukahAnda 4 Prinsip Asas yang Diambil Kira Dalam Melaksanakan Urusan Kajian Semula Persempadanan @RafiziRamli @Imokman & @Bersih2?

Tuesday, March 31, 2015

#TahukahAnda 4 Prinsip Asas yang Diambil Kira Dalam Melaksanakan Urusan Kajian Semula Persempadanan @RafiziRamli @Imokman & @Bersih2?



Melihat kepada sikap Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Serdang dari DAP Ong Kian Ming dan NGO Pembangkang Bersih 2.0 semakin menggila dalam usaha menjatuhkan kredibiliti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berkaitan isu Urusan Kajian Semula Persempadanan di Sarawak, kami di #KLChronicle sekali lagi ingin berkongsi maklumat berkaitan Urusan Kajian Semula Persempadanan kepada puak-puak pembangkang ini supaya mereka sedar 4 prinsip asas Urusan Kajian Semula Persempadanan dan supaya mereka tidak mengeluarkan kenyataan yang bodoh sombong. 

Objektif Kajian Semula Persempadanan adalah bagi memberikan kemudahan kepada pengundi. Terdapat beberapa prinsip yang diambil kira oleh SPR semasa menyediakan draf cadangan sempadan-sempadan Bahagian Pilihan Raya yang baru. Prinsip-prinsip tersebut dinyatakan dalam Seksyen  Bahagian 1 Jadual Ketiga Belas Perlembagaaan Persekutuan seperti yang berikut:



1. Di samping mengambil perhatian tentang wajarnya semua pemilih diberi peluang yang semunasabahnya mudah untuk pergi mengundi, bahagian-bahagian pilihanraya patutlah disempadankan supaya tidak merentasi sempadan negeri dan patutlah juga diberikan perhatian kepada kesulitan bahagian pilihanraya negeri merentasi sempadan bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan. 

2. Perhatian patutlah diberikan kepada kemudahan pentadbiran yang boleh didapati di dalam bahagian pilihan raya itu bagi mengadakan jentera pendaftaran dan pengundian yang perlu. 

3.  Bilangan pemilih di dalam setiap bahagian pilihan raya di dalam sesuatu negeri patutlah lebih kurang sama banyak kecuali bahawa, dengan mengambil kira kesulitan yang lebih besar untuk sampai kepada pemilih di dalam daerah desa dan kesukaran lain yang dihadapai oleh bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar, ukuran pewajaran bagi kawasan patutlah diberikan kepada bahagian-bahagian pilihanraya. 

4. Perhatian patutlah diberikan kepada kesulitan yang akan timbul dengan perubahan bahagian-bahagian pilihan raya, dan kepada pemeliharaan hubungan tempatan. 

Secara konklusinya, jika dilihat dari 4 prinsip asas diatas dan juga artikel-artikel kami sebelum ini, terbukti bahawa SPR bukan sesuka hati melakukan persempadanan semula di Sarawak, TETAPI pertama sekali SPR melakukan Urusan Kajian Semula Persempadanan dan kajian ini dilakukan berdasarkan 4 prinsip dan bukan secara semborono. 

Jadi kepada pihak pembangkang, apa lagi alasan anda untuk terus menyerang proses persempadanan semula di Sarawak?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget