KL CHRONICLE: Tahniah Datuk Dr Mashitah Ibrahim, kini YPPM kembangkan e-Waqf Jamaie

Friday, March 27, 2015

Tahniah Datuk Dr Mashitah Ibrahim, kini YPPM kembangkan e-Waqf Jamaie



Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, selepas menandatangani Memorandum of Understanding (MOU) bersama KUIN bagi menubuhkan Pusat Kajian Pondok (PKP), kini Datuk Dr. Mashitah Ibrahin melalui Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) bakal mengembangkan program e-Waqf melalui kerjasama dengan MDeC.



Program E-Waqf Jamaie yang merupakan satu kerjasama antara Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada tahun lalu.

Menariknya program ini adalah ia merupakan satu cara bagi rakyat Malaysia untuk bersedekah dan memberi sumbangan secara online bagi tujuan yang baik. Sumbangan yang diberikan akan disalurkan kepada sekolah pondok yang terpilih bagi membiayai projek mereka.

Malah, lebih menarik lagi cadangan projek yang sesuai juga boleh dikemukakan oleh pihak luar dan dipersetujui YPPM atau ditentukan sendiri oleh YPPM. Ini sekaligus mewujudkan satu situasi yang harmoni dan win-win situation kepada semua pihak dimana pihak yang bersedekah dan pihak yang menerima sumbangan berpuashati antara satu sama lain.

Menurut Datuk Dr. Mashitah lagi, antara projek yang sedang dipertimbangkan adalah penajaan atau biasiswa kepada pelajar-pelajar pondok yang layak melanjutkan pengajian ke luar negara, dan membiayai guru atau pelajar pondok yang berpotensi untuk menjadi pelatih (mentee atau intern) kepada tokoh agama terkenal.

Bagi kami di #KLChronicle, usaha murni Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dab YPPM ini sangat baik dan YPPM wajar dijadikan benchmark kepada mana-mana NGO ataupun Yayasan. Ini kerana dalam masa yang singkat YPPM telah memainkan peranan yang sangat besar dalam membantu kerajaan dalam perkara yang melibatkan institusi pondok. Kami berharap YPPM dapat keep up the good work ini. Insyallah.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget