KL CHRONICLE: Tahniah Dato Dr. Mashitah Ibrahim, kini dilantik Pengarah Pusat Kajian Pondok (PKP) KUIN

Friday, March 6, 2015

Tahniah Dato Dr. Mashitah Ibrahim, kini dilantik Pengarah Pusat Kajian Pondok (PKP) KUIN




Tahniah diucapkan kepada Pengarah Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Dato Dr. Mashitah Ibrahim yang dilantik sebagai Pengarah PKP KUIN. Bagi kami di #KLChronicle, perlantikan Dato Dr. Mashitah Ibrahim merupakan satu langkah yang tepat apabila perlantikan ini dapat membawa dua entiti penting iaitu YPPM & KUIN bersama dalam memartabatkan pengajian pondok di negara ini.



Umum ketahui bahawa sekolah pondok merupakan antara institusi pengajian yang tertua di negara ini. Selain memberikan pendidikan agama kepada penduduk setempat, sekolah pondok juga banyak memberi bantuan kepada masyarakat tempatan seperti bantuan kepada penagih dadah, anak yang mempunyai masalah moral dan sebagainya. Selain itu, sekolah pondok juga banyak menjadi tempat rujukan bagi penduduk setempat dalam mendapatkan maklumat mengenai hal ehwal agama Islam.

Bagi kami di #KLChronicle, perlantikan Dato Dr. Mashitah Ibrahim juga dapat membantu KUIN dari segi pengurusan PKP kerana Dato Dr. Mashitah Ibrahim mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran memandangkan beliau pernah menjawat jawatan Timb. Menteri dan juga pernah menjadi Senator di dalam dewan negara.

Pengalaman luas Dato Dr. Mashitah Ibrahim ini kami percaya akan sekaligus memantapkan serta membantu KUIN melalui PKP menjadi sebuah institusi yang dibanggakan. Langkah proaktif Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mewujudkan YPPM dan mengiktiraf institusi pengajian pondok nampaknya kini mula membuahkan hasil. Kami berharap lebih banyak universiti serta pusat pengajian mengkaji bagaimana institusi pondok ini berjaya mengekalkan status mereka setelah berpuluh tahun mendidik anak bangsa.

Malah, jika diteliti, sebenarnya universiti serta pusat pengajian tinggi boleh bekerjasama dengan YPPM bagi mewujudkan satu win-win situation bagi semua pihak.

Baca juga : Kini KUIN juga iktiraf Pengajian Sekolah Pondok, Satu Milestone Penting Bagi YPPM - See more at: http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/03/kini-kuin-juga-iktiraf-pengajian.html#sthash.ggrcKsLX.dpuf

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget