KL CHRONICLE: Siapa Buat Kerja-Kerja Bodoh Dalam PAS?

Wednesday, March 4, 2015

Siapa Buat Kerja-Kerja Bodoh Dalam PAS?



SIAPA pun boleh berkata, tiada sebarang usaha gulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas. Tetapi tiada siapa pun boleh menyekat kebenaran hakikat itu daripada didedahkan.

Siapa pun boleh berkata, ‘marilah kembali tautkan ukhuwwah Islamiyah’. Tetapi tiada siapa pun boleh menyembunyikan hakikat bahawa kadang-kadang kalimah keramat itu adalah bertujuan menutup kekejian yang kian terdedah.



Fitnah itu tidur dengan kehendak Tuhannya. Bila ia dibangkitkan, tiada siapa boleh tidurkannya lagi. Biarkan ia berlalu pergi dan anda hanya perlu berpaut pada dahan yang kukuh. Keselamatan diri adalah lebih utama.

Petunjuk ALLAH adalah jelas pada hari fitnah. Semakin anda memberanikan diri, semakin anda dilitupi debu dan asap. Justeru ‘Takutilah fitnah..’ dengan kembali mentaati Allah, al Rasul dan ‘ulil amri minkum’. Sunnah al khulafa’ al Rasyidin adalah petunjuk sepanjang zaman.

Kepada yang mencabar untuk berdebat daripada kalangan AJK Pas Pusat, saya berkata, kamu sudah ada Presiden Pas untuk didebat. Bukankah ‘barua’ itu daripada kalam presiden? Bukankah sebahagian kita telah berkalam biadap di depan presiden?

Jangan dicabar anak-anak di bawah yang hidup terfitnah atas kesalahan kita sendiri. Kita yang di ataslah yang memulakan fitnah dan kemelut yang bermula daripada ‘kerja-kerja bodoh dalam Pas’ yang berusaha memisahkan almarhum ayahanda Tok Guru Nik Aziz daripada Presiden Pas sejak bertahun dulu.

Mahu nafikan usaha buruk itu? Jika anda bermati-matian mahu nafikan, saya hidup-hidup akan istiqamah membenarkan apa yang saya kata.

Dan saya yakin, antara ketenangan ayahanda sebelum ajalnya adalah keharmonian hubungannya yang semakin teguh dengan para ulama syura Pas dan Presiden Pas. Dan saya paling menikmatinya.

Nasihat saya, kembalilah taat kepada kepimpinan presiden dan hala tuju perjuangan Pas yang dipilih oleh ketua dan Majlis Syura Ulama. Ketaatan pada ketua adalah ibadah kepada ALLAH.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz,  AJK Pas Pusat

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget