KL CHRONICLE: Sebab Kenapa Tambang Teksi dan Bas Express Dinaikkan

Thursday, March 19, 2015

Sebab Kenapa Tambang Teksi dan Bas Express Dinaikkan

Teksi yang tidak gunakan meter diangkut
Hari ini kita dikejutkan dengan pengumuman oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bahawa tambang teksi dan bas express akan dinaikkan. Tambang teksi akan dinaikkan berkuatkuasa serta merta manakala tambang bas express akan dinaikkan bermula 15 May 2015. Bagi kami di #KLChronicle, pada mulanya kami juga tidak bersetuju dengan kenaikkan ini, namun apabila kami melakukan sedikit kajian kami dapati terdapat rasional mengapa harga tambang ini perlu dinaikkan. 


Tambang teksi tidak naik dari Tahun 2009

Pertama sekali, jika kita lihat dari segi kos sara hidup, umum ketahui bahawa kos sara hidup kita sebagai rakyat biasa saban tahun meningkat. Beban peningkatan ini dikurangkan melalui “increment” gaji, baik dari kerajaan mahupun syarikat swasta. Namun, bagi pemandu teksi, sudah Lima (5) tahun, iaitu sejak tahun 2009 tambang teksi tidak pernah dinaikkan. Kami faham pemandu teksi juga merupakan insan biasa yang mempunyai tanggungjawab terhadap isteri dan anak dan mereka juga terbeban dengan kenaikkan kos sara hidup. 

Kos Utama Teksi ialah Petrol, Maintenance & Insurance

Kedua, bukan sahaja kos sara hidup, malah kos-kos komponen utama teksi telah meningkat secara mendadak sekaligus menyebabkan kadar keuntungan/pendapat pemandu teksi juga berkurangan dengan drastik sekaligus menyukarkan kehidupan mereka. Ini juga menyebabkan pemandu teksi terpaksa bekerja dalam tempoh masa yang lama (12 – 14 jam sehari) sekaligus menyebabkan mutu perkhidmatan mereka berkurangan.

Bagi kami di #KLChronicle, kami setuju dengan kenaikkan harga tambang teksi dan bas express jika mutu pengangkutan dan servis juga ditingkatkan. Ramai yang mengeluh mengatakan bahawa walaupun tambang teksi dinaikkan, namun akan terdapat juga pemandu teksi yang tidak mahu menggunakan meter.

Melalui pemerhatian kami, kami dapati SPAD telah melancarkan banyak program “Ops Tegar” dimana pemandu teksi yang tidak menggunakan meter ditangkap dan disaman. Diharap operasi dapat diteruskan secara konsisten bagi memastikan rakyat tidak ditipu oleh pemandu teksi yang walaupun segelintir namun memberikan imej yang sangat buruk kepada industry teksi tempatan. 



1 comment:

KATIMAN SURABAYA said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO di: 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
KLIK=> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 6D

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget