KL CHRONICLE: PKR Akhirnya Buat Keputusan Tidak Sokong Hudud dibawa PAS

Saturday, March 21, 2015

PKR Akhirnya Buat Keputusan Tidak Sokong Hudud dibawa PAS


Parti majoriti Islam, PKR hari ini mengisytiharkan tidak akan menyokong cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai kuasa mahkamah Syariah yang akan dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Parlimen berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan.



Pemimpin tertinggi parti itu membuat ketetapan tidak boleh menyokong RUU tersebut, susulan mesyuarat Biro Politik PKR semalam, berdasarkan 2 pertimbangan.

"Pertama, kami tidak dimaklumkan tentang isi kandungan RUU Persendirian tersebut. Ia dicadangkan secara “unilateral” tanpa pemberitahuan kepada rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) dan bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari, 2015.

"Kedua, sekiranya RUU Persendirian tersebut berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, PKR tetap dengan pendirian asal, iaitu tidak menyokong berdasarkan prinsip Fiqh Al-Awlawiyyat, Maslahat Ummah dan Maqasid Syariah," kata PKR dalam satu kenyataan hari ini.

Ia ditandatangani semua 7 pimpinan tertinggi PKR diketuai presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
RUU itu ialah lanjutan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (pindaan 2015) atau hukum hudud yang dibentangkan Rabu lalu. – 21 Mac, 2015.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget