KL CHRONICLE: Perasmian Pusat Penyelidikan Pondok KUIN oleh YAB Perdana Menteri Beri Suntikan Semangat Kepada YPPM

Saturday, March 14, 2015

Perasmian Pusat Penyelidikan Pondok KUIN oleh YAB Perdana Menteri Beri Suntikan Semangat Kepada YPPM


Tahniah diucapkan kepada Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) yang telah berjaya bekerjasama melalui satu Memorandum Persefahaman untuk mewujudkan Pusat Penyelidikan Pondok KUIN. Lebih manis lagi, perasmian Pusat Penyelidikan Pondok KUIN telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.




Bagi kami di #KLChronicle,perlantikan Pengarah Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Dato Dr. Mashitah Ibrahim yang sebagai Pengarah PKP KUIN merupakan satu langkah yang tepat apabila perlantikan ini dapat membawa dua entiti penting iaitu YPPM & KUIN bersama dalam memartabatkan pengajian pondok di negara ini.


Selain itu, kehadiran YAB Perdana Menteri di majlis perasmian ini juga membuktikan bahawa Perdana Menteri juga akui betapa pentingkan institusi pendidikan pondok ini kepada negara sekaligus meng "endorse" perlantikan Dato Dr. Mashitah Ibrahim. 

Kami yakin, dengan latar belakang Dato Dr. Mashitah Ibrahim sebagai seorang penceramah agama yang mempunyai ilmu yang luas dalam bidang agama serta pengalaman beliau menjadi Senator serta Timbalan Menteri,beliau mampu untuk memimpin Pusat Penyelidikan Pondok KUIN dengan baik sekali.

Diharapkan dengan kepercayaan yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri terhadap Dato Dr. Mashitah Ibrahim ini beliau akan terus mencurahkan usaha dan tenaga dalam memartabatkan institusi pondok di negara ini.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget