KL CHRONICLE: @PDRMSia Akan Siasat BFM Radio Kerana Menghina Islam, Terima Kasih @KBAB51

Sunday, March 22, 2015

@PDRMSia Akan Siasat BFM Radio Kerana Menghina Islam, Terima Kasih @KBAB51

Polis akan menyiasat penerbit stesen radio perniagaan BFM89.9 dan wartawannya Aisyah Tajuddin, atas dakwaan melakukan kesalahan atas alasan agama, selepas stesen itu menyiarkan video yang didakwa mempersoalkan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laporan New Straits Times Online hari ini berkata mereka yang di belakang video itu akan dipanggil untuk disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Katanya kepada portal berita itu, polis menerima sekurang-kurangnya 5 laporan selepas video itu diterbitkan daripada pengadu yang merasakan ia mempermainkan kepercayaan agama.

 "Kami membuat keputusan memanggil penerbit rancangan itu dan penyampainya kerana selepas membuat permohonan maaf kerana menerbitkan video itu, stesen itu menjelaskan yang Aisyah hanya membaca skrip yang disediakan.

"Video ini juga menyinggung perasaan penganut (Islam) yang merasakan agama mereka dihina," katanya dalam laporan NST selepas melepaskan acara maraton berbasikal Pasukan Polis Diraja Malaysia di Dataran Putrajaya, Presint 4, pagi ini. – 22 Mac, 2015.

2 comments:

usin said...

Polid siasat atas dasar ada report. SKMM jangan lepas tangan. Radio ini sejak lama dikesan cuba menggunakan alasan kebebasan bersuara utk menghalalkan aktiviti menyentuh sensitiviti agama islam, bangsa melayu dan perlembagaan. Jangan tunggu dan lihat terlalu lama wahai SKMM. Lagi lama lagi bnyk kerosakan akan dilakukan oleh saluran ini. Jika membatalkan lesen siaran radio ini adalah jalan terbaik, kenapa tidak lakukan sahaja?

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget