KL CHRONICLE: Nantikan Kemunculannya, #BRTSunway #RapidKL

Monday, March 16, 2015

Nantikan Kemunculannya, #BRTSunway #RapidKL


Sejajar dengan aspirasi kerajaan Barisan Nasional dibawah pentadbiran Dato Seri Najib Tun Razak yang mahukan Malaysia menjadi negara yang mempunyai sistem pengangkutan awam yang terbaik di dunia, kini Sunway Group dengan kerjasama Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bakal menjadikan aspirasi itu satu kenyataan apabila projek Bus Rapid Transit (BRT) Sunway mula beroperasi. 



Projek BRT Sunway merupakan projek yang berbeza dengan mana-mana projek pengangkutan awam yang pernah dilakukan di negara ini kerana ianya merupakan satu sistem pengangkutan dimana Bas bergerak diatas "jalan" atau "landasan" tersendiri. Ini sekaligus dapat mengurangkan masa menunggu penumpang bagi menaiki bas ke destinasi tertentu. 

Umum ketahui bahawa antara punca utama orang ramai/pengguna tidak menggunakan Bas adalah kerana perkhidmatan bas yang perlahan dimana bas juga terlibat dalam kesesakan lalu lintas seperti kenderaan awam yang lain. Namun, setelah mendengar "feedback" serta pandangan orang ramai, pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah bersikap proaktif dalam menjayakan projek BRT ini. 


Kami di #KLChronicle tidak ingin bercerita panjang tentang BRT hari ini, namun nantikan kemunculan projek BRT yang pertama di negara ini esok, 17 March 2015. Kami yakin anda tidak akan kecewa. Terima Kasih Prasarana!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget