KL CHRONICLE: Langkah ketepikan Hadi bermula, PAS Kota Baru namakan Tuan Ibrahim sebagai pencabar Hadi Awang

Tuesday, March 10, 2015

Langkah ketepikan Hadi bermula, PAS Kota Baru namakan Tuan Ibrahim sebagai pencabar Hadi Awang



Usaha menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bermula secara rasmi malam tadi apabila PAS kawasan Kota Baru mencalonkan calon dari kem Anwaristas iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon presiden parti Islam itu.

PAS Kota Baru menyifatkan pencalonan itu sebagai satu usaha bagi menghalang Hadi bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti pada Jun dan menyatukan semula parti yang sedang berpecah kerana campurtangan luar terutamanya dari DAP & PKR.



Mereka percaya pencalonan Tuan Ibrahim akan menenangkan kedua-dua kumpulan dalam PAS yang bertelagah, di antara kumpulan pro Al-Quran & Sunnah dan kumpulan yang pro kepada DAP & PKR.

"Mesyuarat Jawatankuasa malam ini bersetuju untuk mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim sebagai calon presiden," kata Yang Dipertua PAS Kota Baru Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah kepada The Malaysian Insider sebaik saja mesyuarat itu selesai.
"Saya penuh yakin presiden akan menerima baik cadangan ini kerana ia bertujuan menyatukan parti.”

Katanya, 11 daripada 13 ahli jawatankuasa yang hadir ke mesyuarat itu menyokong pencalonan Tuan Ibrahim.

 "Kami yakin pencalonan Tuan Ibrahim ini satu tokoh yang tidak kontroversi.

 “Kami berkeyakinan ulama masih perlu memimpin parti,” katanya.

 Wan Rahim juga merupakan timbalan pengarah pilihan raya PAS pusat dan di antara pemimpin yang mahu parti Islam itu terus bersama Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, keputusan untuk mencalonkan Tuan Ibrahim dibuat selepas mendapat mandat daripada mesyuarat agung PAS kawasan Kota Baru Sabtu lepas.

Keputusan PAS Kota Baru memilih Tuan Ibrahim berbanding timbalan presiden parti Islam itu, Mohamad Sabu dikatakan kerana percaya Hadi hanya akan berundur sekiranya seseorang dipercayai dinamakan untuk menjadi presiden parti.

Sabtu depan, PAS kawasan Parit Sulong di Johor dijangka akan mencalonkan calon lain untuk mencabar Hadi.

Jika trend ini berterusan, Hadi akan ditentang buat pertama kalinya selepas menang tanpa bertanding setiap kali pemilihan PAS sejak mengambil alih jawatan presiden daripada allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor pada 2002.

PAS akan mengadakan muktamarnya Jun ini di Shah Alam di mana pemilihan pucuk pimpinan parti akan dibuat ketika parti itu dilihat berada dalam dilema sama ada untuk terus kekal bersama PR atau tidak.

Pemimpin PAS yang condong kepada kepimpinan ulama dan konservatif dilihat selalu bermasalah dengan PR khasnya DAP, manakala kumpulan profesional dan progresif termasuk Wan Rahim dilihat mahu kekal kukuh bersama gabungan ditubuhkan pada 2008 itu. 

1 comment:

Bingai @ Bangang said...

Erkksss? Bukan Timbalan Presiden ke yang kan bertanding Presiden? hehehe

Hebat juga Tuan Ibrahim ni. Dulu dia kacau undi Ustaz Nasha. Sekarang ni dia nak kacau undi Ustaz Hadi ke?

Artis - Tak Apalah Farid. Bukan kau sorang jer. hehehe

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget