KL CHRONICLE: Kini Datuk Ehsanuddin Balun @Rafiziramli pasal #GST

Monday, March 23, 2015

Kini Datuk Ehsanuddin Balun @Rafiziramli pasal #GST


Kami di #KLChronicle terbaca satu artikel di portal BNBCC dimana Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid telah membidas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkaitan isu yang hangat diperkatakan sekarang iaitu Goods & Service Tax (GST).



Menurut Datuk Noor Ehsanuddin, apa yang cuba Rafizi Ramli lakukan ialah mengelirukan rakyat bahawa GST ini merupakan satu perkara yang "sangat" negatif dan tidak ada satu perkara yang baik pun dengan GST ini walaupun 160 negara di dunia ini menggunakan sistem cukai GST.



Menurut Datuk Ehsanuddin juga, terdapat 3 perkara positif tentang GST iaitu:

“Pertama, daripada dua cukai jadi satu cukai iaitu 16 peratus menjadi 6 peratus sahaja, banyak barangan yang daripada mahal menjadi makin murah, harga boleh direbat daripada kerajaan oleh pembekal, pengilang dan pengedar, serta bukti yang paling jelas adalah sebanyak 160 daripada 190 buah negara yang telah menggunakan cukai GST ini,

Kedua, GST adalah selaras Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan di mana peniaga tidak boleh mengenakan harga jualan dengan kadar yang sangat tinggi kerana kerajaan mampu mengawal harga berdasarkan sistem rebat yang dikenakan kepada setiap peniaga, pengilang mahupun pembekal. 
“Di sini semua pihak akan dapat manfaatnya, baik dari segi peniaga akan mendapat keuntungan, pengguna dapat berbelanja dengan harga di bawah kawal manakala kerajaan akan mendapat sumber pendapatan daripada percukaian yang akhirnya cukai tersebut akan dinikmati oleh semua pihak,” 
Ketiga penggunaan GST juga akan dapat meyakinkan para pelabur untuk melabur di Malaysia memandangkan negara kita akan turut menyertai 160 negara lain mengenakan cukai yang sama.
“Ini bermakna cukai GST ini bertaraf antarabangsa kerana banyak negara luar yang telah menggunakan cukai tersebut lebih awal daripada kita,"
Bagi kami di #KLChronicle penjelasan Datuk Noor Ehsanuddin sangat simple difahami dan membuktikan bahawa GST ini bukanlah sesuatu yang unik yang tidak pernah diguna pakai dimana-mana malah GST ini merupakan satu sistem pencukaian yang telah terbukti di dunia ini. 

Jadi Rafizi Ramli, apa hang dok mengarut ni?

1 comment:

usin said...

yang masih menjadi isu dan mengganggu benak orang kampung dan golongan marhein ialah, mulai 1 april, kebanyakan barang yang dibeli akan bertambah harga sebanyak 6%. walaupun berbagai penerangan tentang gst telah dibuat dan diberi, namun belum ada atau terlampau sedikit penerangan yang menyangkal kenaikan 6% gst itu lebih rendah daripada sst yang boleh mencapai 16%. logiknya 6% mestilah lebih rendah daripada 16%! kenapa bila gst dikuatkuasakan banyak barang akan menerima kesan kenaikan? inilah isu yang perlu diterangkan dan diselesaikan.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget