KL CHRONICLE: Kerana Tiada Sambutan, Kini Himpunan #KitaLawan cuba nasib di London, Canberra, New York

Monday, March 2, 2015

Kerana Tiada Sambutan, Kini Himpunan #KitaLawan cuba nasib di London, Canberra, New York



Himpunan membantah pemenjaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah atas kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, Himpunan #KitaLawan akan turut dilaksanakan di luar negara di beberapa lokasi terpilih, kata sekretariat perhimpunan berkenaan.

Sekretariat #KitaLawan berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan rakyat Malaysia di luar negara dalam himpunan berkenaan.



"Sekretariat #KitaLawan mengalu-alukan keprihatinan rakyat Malaysia yang berada di luar negara terutamanya anak muda yang mengambil inisiatif untuk menganjurkan perhimpunan di negara masing-masing sebagai solidariti bersama Himpunan #KitaLawan yang akan diadakan pada 7 Mac 2015.

"Mereka bersolidariti demi menyatakan bantahan terhadap pemenjaraan Anwar sebagai tahanan politik serta menarik perhatian masyarakat antarabangsa mengenai ketidakadilan, kezaliman, rasuah dan salah guna kuasa oleh pemerintah di Malaysia," kata sekretariat tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

Antara lokasi yang bakal dianjurkan himpunan berkenaan pada 7 Mac akan datang termasuklah, Old Palace Yard, London, berdekatan dengan bangunan Parlimen United Kingdom) bermula jam 11 pagi waktu tempatan, depan bangunan Parlimen Australia, Canberra bermula jam 4 petang waktu tempatan, depan bangunan Parlimen South Australia, Adelaide bermula jam 4 petang waktu tempatan dan Liberty Square (Freedom Square) di Taipei, Taiwan bermula jam 7 malam waktu tempatan.

"Himpunan solidariti 7 Mac 2015 juga akan diadakan di bandar New York serta beberapa bandar di Amerika Syarikat, Jepun, New Zealand dan negara Eropah di mana lokasi himpunan akan dimaklumkan kelak," kata sekretariat berkenaan.

Segala maklumat dan perkembangan terkini berkenaan himpunan #KitaLawan juga boleh diikuti di laman Facebook #KitaLawan di https://www.facebook.com/KitaLawanOfficial.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget