KL CHRONICLE: Kenapa Mahu Guna Kalimah "Allah" Tetapi Menolak Hudud, Soal UMNO Kelantan

Wednesday, March 18, 2015

Kenapa Mahu Guna Kalimah "Allah" Tetapi Menolak Hudud, Soal UMNO Kelantan


Umno Kelantan menyifatkan bukan Islam hanya mahu menggunakan kalimah Allah, sebaliknya menolak undang-undang hudud yang ditetapkan Islam.



Ketua Penerangan Umno Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, bukan Islam perlu menjawab isu itu dahulu sebelum berhasrat menggunakan kalimah Allah.

“Bukan Islam sibuk sangat hendak guna kalimah Allah sehingga isu itu dibawa ke mahkamah. Kelantan hari ini mahu melaksanakan hukum Allah, mengapa menolak?

“Kenapa mahukan Allah tetapi tidak mahu undang-undang itu? Jawab persoalan itu dahulu,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kok Lanas kepada pemberita di Dewan Undangan. Negeri (DUN) Kelantan hari ini.

Md Alwi berkata sokongan yang diberikan Umno Kelantan kepada kerajaan negeri adalah bagi melihat hudud dapat dilaksanakan di negeri itu.

Katanya, sokongan Adun parti Melayu itu adalah ikhlas kerana Allah dan bukannya berlandaskan politik semata-mata.

"Saya sokong hudud ini kerana Allah. Umno sokong juga kerana Allah. Bukan kerana politik. Kita akan hadapi masalah yang sama. Mereka datang dari pelbagai kumpulan untuk halang apa yang kita buat.

"Saya bimbang kerajaan negeri terpaksa menghadapi banyak perkara. Maka, marilah kita bersama-sama bersahabat menghadapi rintangan ini," katanya.

1 comment:

KATIMAN SURABAYA said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO di: 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
KLIK=> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 6D

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget