KL CHRONICLE: Kampung Baru, pendapat Presiden MCA @LiowTiongLai wajar diberi perhatian

Saturday, March 21, 2015

Kampung Baru, pendapat Presiden MCA @LiowTiongLai wajar diberi perhatian


Kami di #KLChronicle tertarik dengan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden MCA baru-baru ini dimana beliau mengatakan bahawa pembangunan kampung-kampung baru di negara ini wajar mengambil kira kehendak serta keperluan anak muda.



Bagi kami di #KLChronicle, kenyataan beliau sangat simple dan logic dimana ianya akan membawa banyak manfaat kepada kawasan kampung. Ini kerana, jika kawasan kampung dapat mengurangkan penghijrahan anak muda ke bandar, kawasan kampung akan mempunyai lebihan "manpower" untuk memajukan kawasan kampung.

Sudah tentu, kerajaan harus mengenalpasti bagaimana untuk memastikan anak muda dapat tinggal di kampung tanpa merosakkan masa depan mereka. Ini kerana kita tahu bahawa anak muda ini bakal berkahwin dan mempunyai keluarga sekaligus mereka memerlukan punca pendapatan yang stabil.

Apa yang kerajaan boleh lakukan melalui MOT dan juga SPAD ialah dengan memastikan jaringan pengangkutan awam yang menghubungkan kawasan kampung adalah yang terbaik. Kemudian, wujudkan kuota lesen teksi untuk anak muda bawah 30 tahun bagi mereka meraih pendapatan.

Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan juga boleh mewujudkan kawasan riadah seperti tempat futsal, padang bola, gym dan sebagainya. Dengan wujudnya kawasan sedemikian ianya juga dapat mengurangkan masalah sosial sekaligus mewujudkan "law abiding citizens" di kawasan kampung.

Akhir sekali, dengan mewujudkan peluang serta kemudahan yang mencukupi bagi anak muda di kampung, anak-anak ini juga dapat menjaga ibu bapa mereka dengan baik. Ini juga satu perkara yang bagus dan kami lihat semakin terhakis dari masyarakat kita.

Kami berharap cadangan Dato Seri Liow Tiong Lai ini akan diberi perhatian oleh kabinet dan kerajaan kerana kami rasakan idea ini satu perkara yang bagus melalui penjelasan kami diatas.

1 comment:

zamano said...

Setuju!. Thank you YB minister. Goverment should seriously act on the proposal asap.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget