KL CHRONICLE: Kami di #KLChronicle Masih Ingat Sumbangan MCA terhadap Kemerdekaan Tanah Melayu

Wednesday, March 18, 2015

Kami di #KLChronicle Masih Ingat Sumbangan MCA terhadap Kemerdekaan Tanah Melayu

Tiga pemimpin utama Tanah Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan, antaranya Tun Tan Cheng Lock

Tun Tan Cheng Lock, salah seorang pengasas Malaysian Chinese Association (MCA) merupakan seorang pemimpin Cina yang memainkan peranan penting bersama-sama Tunku Abdul Rahman dan Tun Sambanthan dalam proses mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu pada tahun 1957. Legasi Tun Tan Cheng Lock sehingga hari ini adalah parti MCA, iaitu sebuah parti yang ditubuhkan bagi menjaga kepentingan masyarakat orang Cina di Malaysia. 


Menyedari bahawa MCA telah memainkan peranan yang penting untuk mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu, kami di #KLChronicle telah mengambil keputusan untuk merungkai kembali sejarah perjuangan MCA bagi menyedarkan anak muda berbangsa Cina bahawa MCA tidak pernah melupakan asas perjuangan mereka iaitu untuk menjaga kepentingan masyarakat Cina di negara ini. 

Fitnah yang ditabur oleh Democratic Action Party (DAP) bahawa MCA merupakan boneka dalam Barisan Nasional (BN) merupakan satu fitnah yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana MCA berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah bersama UMNO dan parti-parti komponen BN yang lain dalam memastikan kemajuan serta kesejahteraan negara. Perkara paling penting adalah rakyat dapat hidup dalam aman dan mempunyai kedudukan kewangan yang selesa. 

Jika dilihat sejarah perjuangan MCA, objektif utama penubuhanya adalah untuk menyatukan semua orang Cina dibawah satu parti politik bagi menjamin hak serta menjaga kepentingan orang Cina di negara ini. Bagi kami di #KLChronicle, MCA telah berjaya dalam aspek ini. Mengapa kami kata demikian?

Dalam senarai 40 orang terkaya di Malaysia yang baru dikeluarkan minggu ini, 8 orang terkaya di Malaysia terdiri daripada orang Cina iaitu:

1. Robert Kuok Hock Nien
2. Pengerusi dan ketua Eksekutif Genting Malaysia Bhd Tan Sri Lim Kok Thay
3. Pengerusi Hong Leong Group Tan Sri Quek Leng Chan 
4. Pengerusi Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow 
5. Pengerusi eksekutif kumpulan IOI Tan Sri Lee Shin Cheng
6. Ong Beng Seng
7. Pemegang saham Rimbunan Hijau Group Tan Sri Tiong Hiew King
8.Tan Sri Lau Cho Kun

Melihat kepada kejayaan orang Cina di Malaysia, kami di #KLChronicle dengan yakin boleh mengatakan bahawa MCA telah mengotakan janji mereka untuk menjaga kepentingan orang Cina di negera ini. Namun persoalanya, walaupun MCA dilihat telah berjaya dalam objektif mereka, namun mengapa warga Malaysia yang berbangsa Cina masih tidak menyokong MCA pada Pilihan Raya Umum yang diadakan pada tahun 2013?

Ini merupakan satu persoalan dimana kepimpinan MCA harus lihat dengan serius dan berbincang secara dalaman mahupun luaran dalam bagaimana mahu menyelesaikan perkara ini. Kami yakin sokongan orang Cina akan kembali kepada MCA setelah mereka lihat, dengar dan yakin dengan keupayaan MCA bagi menjaga kepentingan mereka. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget