KL CHRONICLE: Hanya Kerana Hudud, @cmlimguaneng Gelar Hadi Awang Pengkhianat

Saturday, March 21, 2015

Hanya Kerana Hudud, @cmlimguaneng Gelar Hadi Awang Pengkhianat


Pakatan Rakyat (PR) makin jelas menuju perpecahan selepas DAP menyifatkan tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan sendiri di Parlimen, rang undang-undang persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hudud di Kelantan, sebagai satu pengkhianatan.




Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Hadi sebenarnya berkhayal jika beliau menyangka orang bukan Islam masih menyokong PAS selepas "satu lagi tindakan khianat" olehnya.

Beliau turut membidas parti Islam itu kerana melanggar konsensus PR yang dipersetujui Hadi sendiri ketika mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari.

Beliau menyelar Hadi kerana menghantar notis kepada Parlimen mengenai rang undang-undang hudud itu pada 18 Mac, sehari sebelum Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 itu.

"Dengan mengemukakan notis ketika pindaan enakmen tersebut belum diluluskan, ia menunjukkan Hadi sekali lagi memungkiri janji yang dibuatnya sendiri pada mesyuarat 8 Februari, yang sebarang usaha mengemukakan usul persendirian harus terlebih dahulu dibincangkan dalam mesyuarat majlis pimpinan.

"Isu yang didepani Majlis Pimpinan PR bukan setakat kedegilan PAS yang mahu percaya dan bekerjasama dengan Umno demi melaksanakan undang-undang hudud tetapi juga penghinaan presidennya terhadap PR dengan memungkiri janji yang dinyatakannya sendiri kepada PR.

"Pengkhianatan bersiri oleh kepimpinan utama PAS ini satu tindakan provokasi yang dilakukan secara sengaja untuk memecahkan PR, atau demi mengugut DAP dan PKR supaya menyerah kepada PAS atau sebaliknya melihat PR berpecah," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

DAP menyerang Hadi selepas beliau dilaporkan mengetepikan PR dengan menghantar surat kepada Parlimen memohon kebenaran membentangkan rang undang-undang persendirian, pada sidang yang sedang berlangsung sekarang dan akan berakhir 9 April depan, untuk membenarkan Kelantan melaksanakan hudud.

Lim berkata, pendekatan “my way or the highway” Hadi tidak boleh menjadi sebahagian daripada pendekatan konsensus yang digunakan PR demi mencapai demokrasi yang sihat dan gabungan yang berfungsi dengan baik.

Katanya, tindakan terkini Hadi itu akan dipertimbangkan sekali bersama rang undang-undang hudud yang diluluskan PAS Kelantan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Isnin malam nanti.

Bukan sahaja pimpinan DAP berasa marah dan dikhianati oleh PAS Kelantan dan beberapa pimpinannya yang pro-Umno atas sikap tidak jujur, licik dan khianat mereka membelakangi Pakatan Rakyat, tetapi juga kerelaannya untuk percaya dengan Umno bagi melaksanakan undang-undang hudud.

Lim berkata bukan pimpinan DAP sahaja yang berasa marah dan dikhianati PAS Kelantan dan beberapa pemimpinnya yang pro-Umno atas sikap tidak jujur, licik dan khianat mereka, tetapi juga pengundi bukan Islam dan golongan Islam moderat yang menyokong PAS dalam pilihan raya umum yang lalu.

"PAS nampaknya meletakkan dirinya di satu sudut dengan kerelaan untuk hilang segala-galanya, bukan sahaja menamatkan PR malah juga prospek dalam pilihan raya akan datang, dengan meletakkan kepercayaan kepada Umno demi melaksanakan undang-undang hudud.

"Amat menyedihkan jika Hadi mendakwa masih ada tempat untuk PAS di hati orang bukan Islam. Bukan sahaja kerana ia tidak benar malah beliau sebenarnya berkhayal jika menyangkakan yang sokongan kalangan bukan Islam terhadapnya masih belum hilang," katanya.

1 comment:

HIzamri Johari said...

Kemenangan PR adalah hasil sokongan penyokong secara keseluruhan..

Kalau PAS dikatakan menang di Kelantan kerana sokongan PKR dan DAP..

Maka...

Bolehkah DAP + PKR menang di Pulau Pinang dan Selangor tanpa sokongan PAS..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget