KL CHRONICLE: FELDA telah Bekerjasa dengan SPRM sejak 2012

Thursday, March 12, 2015

FELDA telah Bekerjasa dengan SPRM sejak 2012



Baru-baru ini timbul pelbagai tohmahan dan kritikan yang telah dilemparkan oleh orang ramai terhadap FELDA secara amnya dan Felda Investment Corporation (FIC) secara khususnya berkaitan kononya wujud skandal penyalahgunaan wang dan kuasa di syarikat konglomerat negara ini. 


Namun, sehingga kini tiada sebarang tindakan mahkamah telah diambil terhadap mana-mana kakitangan FELDA mahupun FIC berkaitan isu ini.

Suka kami ingatkan kepada pembaca bahawa FELDA merupakan antara syarikat Government Link Company (GLC) terawal yang telah menandatangani ikrar integriti korporat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dimana FELDA komited dalam memastikan segala urusan yang dilakukan oleh syarikat adalah bebas rasuah. 

Selain itu, ikrar integriti korporat ini juga merupakan akujanji FELDA untuk menyokong usaha kerajaan yang memberi penekanan kepada aspek integriti dalam urusan korporat. 

Oleh itu, kami ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah menuding jari terhadap FELDA dan FIC secara total tetapi jika terdapat kes-kes terpencil salah guna kuasa dan rasuah tindakan wajar diambil bagi menjaga nama baik FELDA dan FIC kerana kedua syarikat ini merupakan syarikat antarabangsa dimana imej mereka penting bagi memastikan pelabur tempatan dan luar negara terus yakin dengan jenama FELDA. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget