KL CHRONICLE: Felda Investment Corp Terbuka Disiasat SPRM

Wednesday, March 11, 2015

Felda Investment Corp Terbuka Disiasat SPRM


Merujuk kepada kenyataan akhbar diatas, dimana seorang pegawai berpangkat tinggi di Felda Investment Corporation (FIC) telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kami di #KLChronicle ingin mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan FELDA secara keseluruhanya yang terbuka dalam membenarkan siasatan ini dilakukan oleh SPRM.




Umum ketahui bahawa didalam mana-mana Government Link Company (GLC) terdapat juga jabatan "Audit & Compliance" dimana jabatan ini bertanggungjawab memastikan segala urusan dan transaksi syarikat adalah berlandaskan undang-undang dan tiada urus "Criminal Breach of Trust" oleh kakitangan syarikat yang akan menyebabkan tindakan diambil terhadap syarikat.

Namun, langkah FELDA (FIC) untuk membuka akaun mereka bagi disiasat SPRM menunjukkan FIC tiada apa yang hendak disembunyikan dan kami yakin syarikat (FIC) juga ingin memastikan bahawa nama baik syarikat terus kekal bagi memastikan pelabur tetap terus berminat untuk melabur didalam FIC.

Namun, kami berharap pihak SPRM dapat  menjalankan siasatan dengan terperinci tanpa menyembunyikan apa-apa fakta berkaitan kes ini. Ini kerana, kredibiliti FIC dan SPRM "is both at stake" . Selain itu, once siasatan dijalankan diharap FIC & FELDA akan terus melabur dalam perniagaan yang membawa keuntungan kepada peneroka sekaligus memastikan dividen yang diberi dapat membantu mereka pada masa akan datang.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget