KL CHRONICLE: Akibat Tiada Sokongan, Nyalaan lilin solidariti luar penjara bagi @anwaribrahim diberhentikan , #KitaLawan juga mengalami nasib yang sama ?

Friday, March 6, 2015

Akibat Tiada Sokongan, Nyalaan lilin solidariti luar penjara bagi @anwaribrahim diberhentikan , #KitaLawan juga mengalami nasib yang sama ?



Jika sebelum ini kumpulan yang berjaga malam di luar penjara Sungai Buloh mengisytiharkan akan menyalakan lilin setiap malam sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan, hari ini mereka mengumumkan ia akan dihentikan serta merta akibat tidak mendapat sokongan dari Anwar Ibrahim sendiri. 

Kumpulan yang melahirkan solidariti kepada ketua umum PKR itu akan berjaga buat kali terakhir malam ini susulan arahan diterima daripada Anwar supaya mereka “move on” (meneruskan kehidupan).



Naib Presiden PKR, Chua Tian Chiang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua berkata, mereka membuat keputusan itu berdasarkan amanat daripada ketua pembangkang itu.

Justeru, beliau berkata, selepas ini mereka akan memulakan program solidariti baru pada setiap malam ke-4 pula berbanding dilakukan pada setiap hari. 

"Jadi, kita terima arahan tersebut. Malam ini malam terakhir kita berkumpul menyalakan lilin di hadapan penjara. Selepas itu kita akan buat acara pada setiap malam ke-4.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget