KL CHRONICLE: Akhirnya Mat Sabu ditahan, Terima Kasih @KBAB51 @PDRMsia #KitaLawan

Saturday, March 28, 2015

Akhirnya Mat Sabu ditahan, Terima Kasih @KBAB51 @PDRMsia #KitaLawan



Terima Kasih diucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia dan Ketua Polis Negara kerana telah menahan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di Pulau Pinang awal pagi ini.




Ini susulan dari penahanan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk naib presiden PKR Chua Tian Chang dan Rafizi Ramli yang ditahan di Kuala Lumpur semalam menjelang perhimpunan kumpulan radikal #KitaLawan yang bertujuan untuk membantah pemenjaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Mujahid Yusof berkata, Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu ditahan dengan cara baik oleh 10 anggota polis bersenjata dan bertopeng sebaik sahaja ahli politik popular itu tiba di restoran Seven Star di Sungai Dua lebih kurang pukul 12.20 pagi.

“Mat Sabu datang dengan kereta Datuk Mohd Salleh Man (Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir dan bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang). Kami baru sahaja selesai mesyuarat di Pongsu Seribu pada pukul 11.40 malam.

“Beliau terus sahaja ditahan polis sebaik sahaja tiba. Saya percaya mereka dari Bukit Aman. Mungkin mereka sudah ikut beliau,” kata Mujahid kepada di Pulau Pinang awal pagi ini.

Menurut Mujahid, beliau tidak bersama Mohamad yang juga pesuruhjaya PAS Pulau Pinang semasa penahanan tersebut, tetapi lebih kurang 20 orang ahli PAS terus ke Balai Polis Seberang Jaya untuk mendapatkan maklumat.

Katanya, mereka tidak dibenarkan berjumpa dengan Mohamad atau masuk ke balai polis tersebut.

“Kami berjaya menghantar beberapa pakaian dan keperluannya dan minta polis berikan kepadanya,” katanya semasa turut menunggu di luar balai polis tersebut.

Mujahid berkata, lebih kurang pada pukul 1.30 pagi, Mohamad dibawa keluar dari balai polis itu dengan 3 kereta polis mengiringinya.

“Saya rasa mereka bawa ke Bukit Aman. Saya tidak pasti mengapa. Mungkin disebabkan perhimpunan anti GST (#KitaLawan) di Kuala Lumpur.

“Mungkin polis menahan mereka yang mengajak orang ramai bersama sebagai langkah pencegahan,” katanya.

Beberapa pemimpin PR sudah ditahan kerana penglibatan dalam perhimpunan radikal #KitaLawan yang dianjurkan sejak Anwar mula ditahan bulan lepas.

Dilaporkan, semalam polis sudah mula menahan pemimpin pembangkang menjelang perhimpunan yang dirancang di Kuala Lumpur hari ini.

Petang semalam, Rafizi yang juga setiausaha agung PKR ditahan di pusat khidmatnya di Kuala Lumpur mengikut Akta Hasutan kerana kenyataan dikeluarkannya menghasut ahli parti keluar beramai-ramai menyertai perhimpunan #KitaLawan.

Turut ditahan malam tadi, aktivis Hishamuddin Rais selepas sebaik sahaja tiba di Dataran Merdeka untuk menghadiri program terakhir menjelang perhimpunan #KitaLawan.

Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, aktivis Bersih 2.0 Mandeep Singh berkata beliau melihat Hishamuddin ditahan 4 lelaki berpakaian biasa dan dimasukkan ke dalam sebuah kenderaan.

Hishamuddin kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sebelum dihantar ke Lokap Berpusat Jinjang di Kuala Lumpur. – 28 Mac, 2015.

1 comment:

maae said...

Ada tekong besar nya lagi...yang nyorok sebalik undang-undang dan pengaruh nya...

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget