KL CHRONICLE: Tindakan Jijik PERS1M Anjur Demonstrasi Merosakkan Imej Pemandu Teksi di Mata Rakyat

Wednesday, February 25, 2015

Tindakan Jijik PERS1M Anjur Demonstrasi Merosakkan Imej Pemandu Teksi di Mata Rakyat



Tindakan 25-30 orang ahli Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) yang berdemo menentang Suruhanjaya Penangkutan Awam Darat (SPAD) adalah tidak beretika dan munasabah. Tindakan PERS1M yang mahu Tan Sri Syed Hamid Albar untuk letak jawatan kerana tidak mengambil tindakan terhadap UBER adalah sangat salah. Ini kerana, tuduhan PERS1M terhadap Tan Sri Syed Hamid Albar tidak berasas.



Jika pembaca melakukan sedikit "research", pembaca akan dapati bahawa SPAD telah mengeluarkan kenyataan dan memberi amaran kepada UBER Teksi supaya mematuhi undang-undang negara. Baca kenyataan SPAD [DISINI].  


Selepas SPAD mengeluarkan kenyataan memohon UBER mematuhi undang-undang negara, syarikat UBER juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mematuhi segala undang-undang negara. Jadi bagi kami di #KLChronicle isu ini telah selesai. SPAD telah menjalankan tugas mereka bagi memastikan syarikat UBER mematuhi undang-undang negara untuk keselamatan pengguna. 

Jadi apa lagi PERS1M mahu?

2 comments:

usin said...

Sudah2 la buat provokasi tu. Kan lebih baik cari penumpang supaya lebih banyak pendapatan. Buat kerja tak selidik dulu, bikin malu la bro.

usin said...

Sudah2 la buat provokasi tu. Kan lebih baik cari penumpang supaya lebih banyak pendapatan. Buat kerja tak selidik dulu, bikin malu la bro.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget