KL CHRONICLE: Tahniah @RahmanHussin @BKH_PPUM berjaya buat program di kawasan @TonyPua dan @NikNazmi

Sunday, February 15, 2015

Tahniah @RahmanHussin @BKH_PPUM berjaya buat program di kawasan @TonyPua dan @NikNazmi

@RahmanHussin menyampaikan buah limau kepada masyarakat berbangsa Cina di Sg. Way
Tahniah diucapkan pada EXCO Pemuda UMNO Malaysia saudara Rahman Hussin bersama barisan kepimpinan Biro Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang telah turun padang dalam menyampaikan flyers serta buah limau kepada masyarakat berbangsa Cina di Pasar Sg. Way dalam Parlimen Petaling Jaya Utara (PJU).





Masyarakat berbangsa Cina menerima kehadiran Pemuda UMNO tanpa prejudis

Program Skuad Pengguna Tahun Baru Cina 2015 ini merupakan satu program bertujuan untuk memupuk sifat berbelanjaan berhemah dan memberi kesedaran kepada pengguna mengenai hak-hak mereka yang boleh mereka aplikasikan semasa berbelanja bagi mengelakkan dari diambil kesempatan oleh pihak peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Program ini dijalankan seiring dengan musim perayaan tahun baru cina kerana seringkali peniaga mengambil kesempatan terhadap pengguna di musim sebegini. Sejajar dengan kunjungan Biro Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup  ke KPDNKK tempoh hari, program ini merupakan manifestasi usaha pihak biro untuk bersama-sama membantu pihak kpdnkk untuk meningkatkan kesedaran dikalangan pengguna.

Sebagai usaha untuk meningkatkan usaha untuk meningkatkan kesedaran pengguna tentang hak mereka dan mengajak mereka untuk menjadi pengguna yang bijak, pihak biro telah dengan jayanya mengedarkan risalah mengenai 13 harga barangan yang dikawal sempena musim perayaan ini. Risalah ini juga mengandungi maklumat mengenai saluran maklumat yang boleh mereka rujuk mengenai sebarang isu kepenggunaan.

Bagi kami di #KLChronicle, pelaksanaan program ini diharap dapat sedikit sebanyak membantu kempen kesedaran yang dilaksanakan pihak kementerian dan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai hak mereka sebagai pengguna.

Tahniah juga sekali lagi kepada Rahman Hussin dan kepimpinan Biro kerana telah berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget