KL CHRONICLE: Skim Pengiklanan Bas Sekolah Tingkatkan Pendapatan Pengusaha Bas

Saturday, February 14, 2015

Skim Pengiklanan Bas Sekolah Tingkatkan Pendapatan Pengusaha Bas



Menyedari masalah kewangan yang dihadapi pengusaha bas sekolah tempatan,  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Star Publication telah mengambil langkah yang proaktif dalam melancarkan kempen "Skim Pengiklanan Bas Sekolah" bagi membantu pengusaha bas sekolah menambah pendapatan mereka seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan yang ditawarkan kepada rakyat. 



Bagi kami di #KLChronicle, it has been about time kempen sebegini dilancarkan. Umum ketahui bahawa syarikat pengangkutan darat awam yang lain seperti bas dan teksi telah lama mula menyediakan peluang kepada syarikat-syarikat kerajaan dan swasta untuk mengiklankan perniagaan mereka  bagi menarik lebih banyak "business" seterusnya meningkatkan keuntuangan mereka. 


Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kami juga kadang kala simpati dengan masalah yang dialami oleh pengusaha bas sekolah, dimana kos operasi dan penyelenggaraan yang semakin meningkat merencatkan pendapatan mereka sekaligus menyusahkan mereka dalam menjalankan perniagaan. Selain cabaran dalam kos operasi dan penyelengaraan, tambang juga telah menjadi satu isu yang hangat diperkatakan. 


Isu ini timbul apabila untuk meningkatkan pendapatan pengusaha, mereka (pengusaha) cenderung untuk menaikkan tambang lalu membebankan ibu bapa. Kini, diharap dengan langkah bijak yang dilaksanakan oleh SPAD, pengusaha bas dapat menambahkan pendapatan mereka sekaligus kekalkan harga tambang bas dikadar yang optimum. Ini merupakan satu win-win situation kepada semua pihak. 

Nota kaki : Diharap SPAD akan terus melancarkan program yang baik sebegini supaya pengusaha syarikat pengangkutan awam darat dapat menambahkan pendapatan mereka dan kekalkan harga tambang dikadar yang optimum. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget