KL CHRONICLE: Sekali Lagi Gangguan bekalan air di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang , @AzminAli Buat Apa?

Monday, February 16, 2015

Sekali Lagi Gangguan bekalan air di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang , @AzminAli Buat Apa?

@AzminAli masih tidak dapat selesaikan masalah air di Selangor
Gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka dialami sebahagian pengguna di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang bermula hari ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata ini ekoran pengurangan pengeluaran air terawat oleh Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih sejak pukul 8 pagi semalam.



"Keadaan berlaku apabila kandungan ammonia dan manganese di dalam air sungai tersebut berada di paras melebihi aras dibenarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," kata kenyataan itu.

Sehingga kini Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dan Syarikat Konsortium ABASS Sdn Bhd sedang mengenal pasti punca pencemaran dan operasi loji rawatan dijangka pulih bergantung kepada tahap pencemaran tersebut.

Ekoran itu, sejumlah 39 kawasan di Wilayah Petaling, 216 kawasan (Wilayah Hulu Langat), 62 kawasan (Wilayah Kuala Langat) dan 61 kawasan (Wilayah Sepang) dijangka terputus bekalan air dan tekanan air rendah. 

Bagi mengurangkan kesulitan, pihak Syabas akan menyediakan bantuan bekalan air kecemasan melalui lori-lori tangki dan tangki air statik. – Bernama, 16 Februari, 2015.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget