KL CHRONICLE: PKR Kini Buat U-Turn, sokong pula tindakan @Anwaribrahim mohon pengampunan Diraja

Wednesday, February 25, 2015

PKR Kini Buat U-Turn, sokong pula tindakan @Anwaribrahim mohon pengampunan Diraja

Anwar kini cuba melibatkan institusi Diraja dalam kes liwat beliau
PKR hari ini membuat Pusingan-U apabila menyokong langkah KETUM Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan pengampunan Diraja terhadap sabitan liwat.

Naib presiden PKR Chua Tian Chang berkata, kepimpinan parti itu menghormati dan memahami keputusan Anwar meminta campur tangan Diraja.



Sejak awal lagi, PKR menegaskan Anwar tidak bersalah dan kononya diperangkap dengan dakwaan yang direka. Tambah pula dikatakan pemenjaraan beliau tidak adil. Beliau dianiaya kerana mencabar pemerintah elit yang berkuasa. Namun, jika kita kita lihat, keputusan Anwar memohon Ampun membuktikan bahawa beliau akui telah melakukan kesalahan dan kini memintan pengampunan Diraja. Lebih jijik lagi kini Anwar cuba pula untuk menarik institusi Diraja juga terlibat sama dalam kes liwat beliau selepas menyedari sokongan dari rakyat semakin berkurangan.  

Pada 10 Februari, satu panel yang terdiri daripada lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mendapati Anwar bersalah kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, di antara jam 3.10-4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Perlembagaan Persekutuan menyatakan kerusi Anwar tidak akan diisytiharkan kosong sehingga Lembaga Pengampunan menimbang dan membuat keputusan.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dalam satu kenyataan semalam mengumumkan Anwar masih seorang ahli Parlimen, sementara menunggu keputusan mengenai petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong untuk pengampunan Diraja

1 comment:

Asaif Barkiya said...

Untuk pengetahuan semua,anwar bukan sahaja tidak berpuas hati dengan Yang Arif Hakim Hakim Mahkamah Persekutuan bahkan dia menyalahkan Allah kerana takdirNya.Tuhan sendiri bang non salahkan inikan pula yang lain.Insaf kepada Allah sampai sekarang tiada dalam kamus diri bang non.Spesis Dajal dengan DNA syaitan.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget