KL CHRONICLE: Pemuda Pas Kuantan dedah komplot guling Hadi oleh Dr. Hatta Ramli

Sunday, February 8, 2015

Pemuda Pas Kuantan dedah komplot guling Hadi oleh Dr. Hatta Ramli



Dewan Pemuda Pas Kuantan mendedahkan komplot terancang sekumpulan pemimpin kanan parti itu untuk menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan golongan ulama.



Ketuanya, Fadhli Ibrahim mendakwa, komplot tersebut dipercayai menguasai lebih separuh daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat sehingga berupaya mensabotaj keputusan parti dan menjadikan Abdul Hadi seperti boneka.

“Kami mendesak mereka yang terlibat dengan komplot jahat ini supaya meletakkan semua jawatan dalam parti,” katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Pejabat Agung Pas di sini pagi ini.

Kira-kira 300 ahli Pas yang menyokong kepemimpinan Abdul Hadi dan golongan ulama berhimpun di lokasi tersebut sambil memaparkan sepanduk untuk mendesak pemimpin-pemimpin parti yang didakwa terlibat dalam komplot meletakkan jawatan.

Beliau akan mempengerusikan mesyuarat PAS Pusat pada jam 10.00 pagi.

Sementara itu, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dijadualkan berlangsung di tempat yang sama bermula jam 2.30 petang.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencadangkan supaya kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat sebelum rayuan kes beliau diputuskan Mahkamah Persekutuan, Selasa (10 Februari) ini.

Katanya, kebetulan PAS Pusat mengadakan mesyuarat di Pejabat Agung PAS pada hari ini, Anwar bersetuju mesyuarat kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat diadakan di tempat yang sama. - HARAKAHDAILY 8/2/

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget