KL CHRONICLE: Makin Gila, Kini Husam Musa Kaitkan Perpaduan Ummah Dengan Kes Altantuya Pula

Thursday, February 26, 2015

Makin Gila, Kini Husam Musa Kaitkan Perpaduan Ummah Dengan Kes Altantuya Pula

Elok Husam Musa fokus dengan beberapa "projek" beliau yang telah gagal
Datuk Husam Musa hari ini mengatakan perpaduan ummah melalui kerjasama antara dua parti Melayu-Islam terbesar negara, Umno dan PAS, tidak boleh ditegakkan tanpa ketelusan dalam isu kenegaraan yang besar termasuk dalam isu seperti syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.




"Perpaduan ummah hanya akan menjadi alat politik jangka pendek bagi menyelamatkan hayat politik individu dan parti tertentu semata-mata."

Husam berkata, pengumuman Najib itu membuktikan kekuatan gabungan pemerintah di era kepimpinannya sudah menurun ke tahap tidak lagi berani berhadapan dengan lawan tradisinya.

"Sekali gus membuktikan kata-kata keramat Tok Guru Nik Aziz: 'Tak dok sebab demo nak lawan kawe' (tiada sebab awak hendak menandingi saya) menjadi kenyataan hari ini.

"Selepas pemergian Tok Guru, Umno-BN mengakui kehebatan perjuangan beliau dan yang lebih penting, mesej perjuangan beliau – Islam dan bukan kebangsaan – adalah benar. Alhamdulillah," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor  itu berkata, sekalipun tanpa penyertaan BN dalam PRK DUN Chempaka, isu negara yang melibatkan Najib secara langsung iaitu 1MDB dan misteri pembunuhan Altantuya tetap akan diketengahkan.

Selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi, Najib berkata Umno membuat keputusan tidak bertanding di PRK DUN Chempaka.

Pengumuman Najib dilakukan sehari selepas bertemu dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Selain menghormati kerjasama baik dalam menguruskan isu pasca banjir di negeri itu, Najib juga menekankan perpaduan ummah sebagai faktor yang menyebabkan Umno tidak meletakkan calon di Chempaka.

"Kita fikir kita perlu lihat kepada usaha membawa perpaduan ummah walaupun kita ada perbezaan politik dan sebagainya, tetapi kita perlu berikan keutamaan kepada perpaduan ummah," katanya sambil menegaskan keputusan itu mendapat persetujuan di peringkat akar umbi.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget