KL CHRONICLE: Macam Haram, Ahli Keluarga Mangsa #MH370 Dari China Kini Cuba Buat Hal di #KLIA

Thursday, February 12, 2015

Macam Haram, Ahli Keluarga Mangsa #MH370 Dari China Kini Cuba Buat Hal di #KLIA


Ahli keluarga penumpang MH370 dari China yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah malam tadi bercadang untuk melakukan protes di hadapan pejabat Malaysia Airlines (MAS).



Mereka akan berbuat demikian dengan harapan untuk berjumpa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS Ahmad Jauhari Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman bagi menuntut penjelasan mengenai pesawat MAS yang hilang pada 8 Mac tahun lepas yang membawa 239 penumpang dan anak kapal.‎
15 ahli keluarga yang dilihat memakai baju merah dengan tulisan "Pray for MH370" dan memegang sepanduk "Today it's us, tomorrow it could be you" dan " MH370: Who can tell us what happened? Please help us! Come back MH370!"
Mereka juga dikatakan bersedia untuk bercuti Tahun Baru Cina di sini.
" Kami akan cuba untuk berjumpa dengan pengurusan MAS," kata Kelly Wen, isteri kepada salah seorang penumpang pesawat yang hilang tersebut.
"Kami mahu tahu kenapa pesawat MH370 diisytiharkan sebagai satu kemalangan dan bagaimana keputusan itu dibuat."
Beliau berkata, mereka akan berusaha untuk mendapatkan berita terkini mengenai pesawat tersebut serta data Immarsat yang mempercayai ia berakhir di Lautan Hindi.
Pada 29 Januari lepas, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Azharuddin mengumumkan pesawat MAS Penerbangan MH370 yang hilang, secara rasmi diisytiharkan sebagai satu kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu dianggap terkorban.
Salah seorang ahli keluarga Wee Wan Ching berkata, pengumuman tersebut dianggap sebagai tidak logik.
" Selain pesawat yang hilang itu, kami tidak mendapat keputusan yang kukuh mengenainya. Kami berharap pihak berkuasa dapat menyiasat sekali lagi tentang pesawat yang hilang itu," katanya.
Wen, 63 turut menyalahkan pemerintah China kerana tidak telus dan tidak memberi sokongan terhadap waris mangsa MH370.
Ia difahamkan terdapat beberapa lagi ahli keluarga dari China yang akan tiba di KLIA hari ini. – 12 Februari, 2015.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget