KL CHRONICLE: LAPORAN LANGSUNG: #Sodomy2 Hakim Sahkan @SaifulBukhari Saksi yang berwibawa, DNA dalam keadaan baik

Tuesday, February 10, 2015

LAPORAN LANGSUNG: #Sodomy2 Hakim Sahkan @SaifulBukhari Saksi yang berwibawa, DNA dalam keadaan baik

Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim at the Federal Court today. The court will deliver its verdict on Anwar’s appeal in the Sodomy II case. – The Malaysian Insider pic by Afif Abd Halim, February 10, 2015.
@anwaribrahim tinggal beberapa jam sebelum keputusan #LiwatTetapLiwat dijatuhkan

Ikuti perkembangan terkini dari Istana Kehakiman:

11. 23 am: Arifin berkata, kes pendakwaan tidak pernah mengatakan sampel akan berada dalam keadaan bersih. Beliau berkata, saksi menjelaskan mungkin terdapat beberapa degradasi, tetapi ia tidak cukup besar untuk memusnahkan profil DNA itu .

11.17 am: Arifin berkata beliau tidak mendapati sebarang pelaggaran undang-undang atau pelanggaran hak perlembagaan Anwar apabila mereka menggunakan bahan dari lokapnya untuk ujian DNA.



11.03 am:  Hakim menyentuh keterangan ahli kimia Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon serta bagaimana hakim perbicaraan mempunyai cukup bukti yang saling mengukuhkan antara satu sama lain.

Katanya, kes prima facie berjaya dibuktikan dan Mahkamah Rayuan bersetuju dengannya.

“Saiful bukan bersubahat dan tiada cukup bukti saling mengukuhkan untuk menyokong keterangan itu,” katanya.

11.00 am: Hakim berkata dalam Akta Keterangan, pentahkikan tidak diperlukan. (Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan keterangan ahli kimia tidak mentahkikkan keterangan Saiful). Keterangan pengadu boleh dipercayai tanpa pentahkikan.

10.50 am: Arifin membangkitkan keterangan mengenai pakaian berjenama Brioni. Bagi karpet yang dirampas, beliau berkata ia bukan bukti penting.

10.46 am: Berkaitan Saiful, hakim berkata pengadu berpegang teguh kepada keterangannya walaupun selepas disoal balas mendalam. Ekoran itu, kata hakim, Mahkamah Rayuan memutuskan keterangannya diterima.

10.45 am: Hakim membacakan pembelaan Anwar yang mempersoal tindakan Saiful membawa pelincir KY jelly dan dakwaan doktor Pusrawi yang objek plastik menembusi duburnya.

Hakim berkata Saiful mendakwa berlaku perhubungan seks dan pasukan pembelaan membangkitkan kenapa beliau tidak melarikan diri.

10.43 am: Hakim memberikan tumpuan pada isu kewibawaan keterangan Saiful.

10.42 am: Hakim berkata pakar-pakar, yang memberi keterangan bagi pembelaan, sampel itu masih tidak tercemar, maka Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhujah wujud keraguan munasabah pada sampel tersebut.

10.39 am: Hakim membacakan keterangan saksi pembelaan Prof David Wells dan Prof Brian Mcdonalds. Hakim berkata pakar bedah tulang belakang Dr Thomas Hoogland berpendapat Anwar tidak dapat melakukan aksi seks sebegitu kerana masalah belakang.

10.37 am: Hakim berkata Anwar memberikan kenyataan daripada kandang tertuduh yang mendakwa terdapat konspirasi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mempersoal tindakan Saiful.

10.35 am: Di luar mahkamah, kumpulan buskers kelihatan menghiburkan penyokong Anwar sambil ada yang mula mencari tempat berteduh apabila cuaca pagi semakin panas.

10.33 am: Hakim berkata Anwar ditahan dan dibekalkan dengan tuala, berus gigi dan sebotol air mineral.

Barang itu diambil oleh polis pada hari berikutnya dan sampel daripadanya diserah kepada ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

10.27 am: Selepas membacakan bagaimana Saiful dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur, di mana sampel diambil.

Hakim Arifin berkata ahli kimia menemui sel sperma daripada calitan dubur tinggi dan rendah.

Beliau juga berkata dapatan awal  tiada tanda-tanda tembusan.

10.20 am: Hakim Arifin menceritakan kembali bagaimana Saiful tiba di kondominium dan bagaimana pelincir digunakan dan bagaimana duburnya ditembusi.

Hakim berkata Saiful meletakkan jawatan selepas itu dan ditemani bapa saudaranya ke Hospital Pusrawi.

10.17 am: Hakim Ariffin berkata, persetujuan tidak semestinya perlu untuk mensabitkan kesalahan. Ariffin berkata Saiful berkhidmat sebagai sukarelawan dan pembantu peribadi kepada Anwar.

10:11am: Anwar memasuki kandang saksi. Sidang mahkamah bermula.

9.58 am: Pendaftar mahkamah memberitahu prosiding akan bermula jam 10 pagi. Ketika ditanya sekali lagi perasaannya, Anwar berkata, "Saya sentiasa optimis."

9.50 am: Walaupun Saiful dikhabarkan tidak akan berada di Istana Kehakiman hari ini, kira-kira 50 orang penyokongnya kelihatan di luar kompleks mahkamah, memegang kain rentang menyokong beliau.

1 comment:

Kabus Ibra said...

Alhamdulillah .. akhirnya Saiful terbela..

Cilakalah kau wahai anu war al juburi

mamposlah kau dalam penjara kelak kerana kemanusian tidak memerlukan munafik umpama ko !!

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget