KL CHRONICLE: Lambang Baru Kemegahan ERL Dilancarkan Tan Sri Syed Hamid Albar

Sunday, February 15, 2015

Lambang Baru Kemegahan ERL Dilancarkan Tan Sri Syed Hamid Albar




Tan Sri Syed Hamid Albar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD ) telah dengan jayanya merasmikan "motif" baru kereta api KLIA Transit di  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Jumaat yang lalu. Lebih simbolik, pada perasmian ini, Tan Sri Syed Hamid Albar juga telah memberikan beberapa nasihat kepada pengguna pengangkutan awam darat di negara ini. 




Antara nasihat yang diberikan Tan Sri Syed Hamid Albar adalah tentang betapa pentingnya penyedia pengangkutan awam darat membuat inovasi dan meningkatkan perkhidmatan supaya lebih ramai orang akan tertarik untuk menggunakan pengangkutan awam. Sebagai contoh bagi KLIA Express, menyedari bahawa ramai orang menggunakan perkhidmatan wifi, KLIA Express kini menyediakan perkhidmatan wifi percuma kepada penumpang yang menggunakan perkhidmatanya. 

Selain itu, menyedari bahawa mutu perkhidmatan dan keselamatan penumpang juga merupakan sesuatu yang sangat penting, Tan Sri Syed Hamid Albar juga mengingatkan para pengusaha supaya tidak mengabaikan keselematan penumpang hanya demi mengaut keuntungan. Ini kerana jika sesuatu yang buruk terjadi, bukan sahaja imej pengusaha akan tercalar, malah imej negara sebagai satu destinasi pelancongan yang terbaik juga akan terjejas. 

Berbalik kepada corark Cheetah pada tren KLIA Transit ini, simboliknya corak Cheetah ini adalah kerana ia merupakan haiwan yang terpantas di dunia di atas darat, dan juga menggambarkan kelajuan kereta api dan kebolehpercayaan dari pengguna. Untuk pengetahuan pengguna, gambar Cheetah juga akan menggantikan motif batik berkonsep flora dan fauna yang digunakan sejak ia mula beroperasi pada tahun 2002.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget